Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rumah Keluarga Nurly Shahirah Terima Kunjungan Wartawan Perancis
Kawasan kediaman salah seorang mangsa tragedi nahas UPSI, almarhumah Nurly Shahirah Azman tidak putus-putus menerima kunjungan.
Tidak hanya dikunjungi warga tempatan, baru-baru ini, kediaman penghafaz 30 juzuk Al-Quran itu menerima kunjungan luar biasa daripada wartawan Paris.
Dikenali sebagai Muhammad Aris, wartawan berkenaan yang baru tiba dari Paris mengunjungi kediaman almarhumah bersama sahabatnya, Fatimah.
Fasih berbahasa Melayu, Fatimah menerangkan kepada bapa almarhumah Nurly berkenaan tujuan mereka berziarah.
“Daripada Duyung, saya datang kata sebab dia menghafal Al-Quran dan tulis Al-Quran. Saya nak tengok. Saya nak kita dekat dengan Al-Quran.
“Saya ucap tahniah dekat pak cik sebab berjaya mendidik anak yang baik,” maklum wanita berkenaan.
Ketika Aris memperkenalkan dirinya, wartawan berkenaan sempat menyelitkan sedikit kisah hidupnya sebagai seorang Muslim di sana. Malah, setelah pulang, dia turut berniat menjadi ‘duta’ Islam di kampungnya.
“Sebab saya Islam, saya menjumpai orang yang mencintai Allah.
“Saya al-quran tak tamatkan lagi, balik nanti saya nak tamatkan betul-betul,” ujar Aris.
Sementara itu, keluarga almarhumah Nurly menerusi rakaman video yang lain membuat pengumuman pentupan sementara kediaman tersebut daripada menerima sebarang kunjungan bermula 31 Julai.
“Bermulanya bulan ogos mulai 1 Ogos 2025, semua lawatan ke rumah Nurly Sahirah dibekukan buat sementara waktu disebabkan saya akan mengerjakan umrah pada bulan Ogos 2025.
“Sekali lagi saya mohon ampun dan maaf dan minta semua pengunjung dapat memahami hasrat kami,” maklumnya.
BACA: Orang Ramai Tak Putus-Putus Kunjungi Rumah & Pusara Nurly Shahirah
Sumber: TikTok @_.eeiqwan