Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Orang Awam Mula Batuk, Sakit Tekak Akibat Jerebu

Iqbal Yasir
orang awam sakit tekak jerebu
Gambar: Bernama

Ramai Mula Batuk, Sakit Tekak Akibat Jerebu

KUALA LUMPUR — Orang ramai mula mengadu mengalami masalah kesihatan seperti batuk dan sakit tekak susulan jerebu rentas sempadan yang melanda beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung negara.

Tinjaun SK di media sosial mendapati, orang ramai khususnya golongan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak mula mengambil pelbagai langkah berwaspada dan kesihatan terhadap isu ini.

Malah, ada yang turut berkongsi tip kesihatan sewaktu jerebu ini melanda.

Berikut antara perkongsian pengguna mengenai isu ini;

https://www.threads.com/@zanaridzuan12/post/DMRpqeKygNv

https://www.threads.com/@m4riaasren_/post/DMVSY2gSc7E

https://www.threads.com/@dennz.__/post/DMVFZRby0Ai

“Cuaca panas sekarang ini. Jerebu, kurangkan aktiviti luar. Banyakkan minum air putih.

“Sakit tekak, batuk senang kena. Boleh standby minyak aow untuk elak simptom yang lebih teruk,” kongsi salah seorang pengguna.

“Sakit tekak+batuk,” luah seorang pengguna di Facebook.

Setakat 9.45 pagi tadi, empat kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Berdasarkan maklumat laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, Seremban dan Nilai, Negeri Sembilan masing-masing merekodkan bacaan IPU 156 dan 154.

Manakala Balok Baru Kuantan, Pahang dan Johan Setia di Selangor merekodkan IPU 152.

Pada Ahad, empat kawasan dengan masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Selangor, mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat

Berdasarkan maklumat laman web APIMS Jabatan Alam Sekitar, Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan masing-masing merekodkan bacaan IPU 156 dan 153.

Dua kawasan di Selangor iaitu Johan Setia dan Banting pula masing-masing mencatatkan IPU 155 dan 151.

Sumber: Orang Awam, APIMS

BACA: Skim “Buy Now Pay Later” Cecah RM3.8 Bilion – Lim Hui Ying

BACA: Wartawan AFP Berdepan Risiko Mati Kebuluran di Gaza