Utama

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Banjir: Bapa Terjun Selamatkan Anak Jatuh Dalam Lubang Besar
Sebuah insiden mencemaskan berlaku di bandar Quezon, Manila tular di media sosial.
Seorang bapa sanggup mempertaruhkan nyawa dengan terjun ke dalam arus deras demi menyelamatkan anak lelakinya yang masih kecil.
Kejadian itu berlaku apabila si kecil sedang berlari mengejar bapanya. Dia kemudian tergelincir dan terjatuh ke dalam sebuah lubang besar yang dipercayai terbentuk akibat kerja-kerja pembinaan jalan.
Malangnya, lubang tersebut dipenuhi air deras akibat banjir.
Tanpa berfikir panjang, si bapa segera berpatah balik dan terjun ke dalam lubang itu untuk menyelamatkan anaknya yang sedang dihanyutkan arus deras.
Orang awam yang menyaksikan detik mencemaskan itu turut tampil membantu, berjaya menarik keluar kedua-dua beranak tersebut dari air.
Tindakan pantas si bapa telah mendapat pujian ramai. Ramai netizen memuji keberaniannya yang sanggup menggadai nyawa demi menyelamatkan anak tercinta.
Untuk info, banjir telah melanda ibu negara Filipina pada Selasa, memaksa puluhan ribu penduduk berpindah dan menyebabkan sekolah serta pejabat kerajaan ditutup.
Sekurang-kurangnya enam orang telah meninggal dunia dan enam lagi masih hilang selepas Taufan Tropika Wipha melintasi negara itu pada Jumaat, menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara.
Penduduk di Manila dikejutkan dengan air banjir separas betis pada pagi Selasa, yang memenuhi kawasan rumah mereka selepas hujan lebat pada waktu malam menyebabkan Sungai Marikina melimpah.
BACA: Banjir Landa Filipina, Puluhan Ribu Penduduk Dipindahkan
Sumber: The Straits Times