Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Subsidi Petrol RON95: Harga Minyak Akan Diturunkan Kepada RM1.99 Seliter 

Hannah
Subsidi Petrol RON95
Gambar: BERNAMA

Subsidi Petrol RON95: Harga Minyak Akan Diturunkan Kepada RM1.99 Seliter

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa rakyat biasa tidak akan terkesan dengan pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 yang dirancang kerajaan.

Menurut beliau, pendekatan penyasaran itu akan mengambil kira kebajikan rakyat, sama seperti pelaksanaan subsidi elektrik yang sedia ada.

Malah, Anwar mengumumkan bahawa harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter, berbanding harga semasa, sebagai langkah untuk melindungi kepentingan majoriti pengguna.

Anwar turut memaklumkan bahawa perincian penuh berkenaan penyasaran subsidi RON95 itu akan diumumkan selewat-lewatnya akhir September 2025.

Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 18 juta pengguna, termasuk pemandu kereta, penunggang motosikal, golongan belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig di seluruh negara.

BACA: SARA: Rakyat Malaysia 18 Tahun Ke Atas Bakal Terima Bantuan One-Off RM100

BACA: Kadar Tol Kekal, Kenaikan Di 10 Lebuh Raya Utama Ditangguhkan

BACA: 15 September 2025 Diisytihar Cuti Umum Tambahan

Sumber: Anwar Ibrahim