Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tiada Kenaikan Bil Elektrik Untuk Majoriti Pengguna Semenanjung

Hannah
bil elektrik julai
Gambar: BERNAMA

Tiada Kenaikan Bil Elektrik Untuk Majoriti Pengguna Semenanjung

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan tiada kenaikan bil elektrik kepada majoriti pengguna domestik Semenanjung Malaysia susulan penstrukturan semula tarif elektrik yang berkuat kuasa bulan ini.

Malah beliau berkata sebanyak 85 peratus pengguna domestik menikmati penurunan bil elektrik sehingga 14 peratus bagi Julai 2025 untuk penggunaan sama, berbanding enam bulan pertama tahun ini.

“Maknanya, ada penurunan sehingga 14 peratus. Tidak seperti yang jadi fitnah di luar.

“…Dan jangan umpamanya, mengandaikan kenaikan. Tidak ada kenaikan. Oleh kerana kos minyak (jana elektrik) itu menurun sekarang, walaupun tarif elektrik itu bermulai Julai 2025, bil elektrik rakyat tidak naik,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan penghargaan untuk rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial, hari ini.

BACA: SARA: Rakyat Malaysia 18 Tahun Ke Atas Bakal Terima Bantuan One-Off RM100

Sumber: BERNAMA