Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Detik-Detik Selepas Ombak Tsunami Banjiri Kawasan Di Rusia

Sofea
detik ombak tsunami
Kredit: Perkhidmatan Geofizik Akademi Sains Rusia

Detik-Detik Selepas Ombak Tsunami Banjiri Kawasan Di Rusia

Dunia hari ini digemparkan dengan gempa bumi kuat di Semenanjung Kamchatka, Rusia pada Rabu. Menurut laporan portal berita antarabangsa, gempa itu berkekuatan sehingga 8.8 magnitud.

Ia merupakan gempa paling kuat di negara tersebut sejak 1952.

Gempa itu juga telah mencetuskan ombak tsunami yang membanjiri kawasan terbabit. Pihak berkuasa Rusia berkata tsunami melanda dan membanjiri bandar pelabuhan Severo-Kurilsk, manakala media tempatan melaporkan ombak dengan ketinggian antara tiga dan empat meter dirakam di daerah Elizovsky di Kamchatka.

Perkhidmatan Geofizik Akademi Sains Rusia juga mengeluarkan rakaman video daripada dron yang menyaksikan keadaan selepas tsunami di Severo-Kurilsk itu.

Dapat dilihat air melimpahi kawasan pesisir pantai dan perumahan penduduk. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Datuk Bandar daerah itu juga berkata bahawa semua penduduk telah dipindahkan ke tempat yang selamat.

Terdahulu, beberapa orang cedera di Rusia akibat gempa itu, tetapi tiada yang serius.

Pihak berkuasa di wilayah Sakhalin di timur jauh Rusia pula mengisytiharkan darurat di utara Kepulauan Kuril.

Selain di Rusia, gempa itu juga telah menyebabkan ombak tsunami melanda Jepun pada pagi Rabu. Menurut laporan penyiar berita NHK, ombak setinggi 1.3 meter dikesan melanda Hokkaido.

BACA JUGA: Gempa Di Rusia Paling Kuat Sejak 1952

Tetapi tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan berlaku setakat ini.

Di Pantai Inage di wilayah Chiba di Jepun, perimeter keselamatan telah disediakan dan seorang pekerja penyelamat memberitahu AFP bahawa kawasan tepi laut dilarang untuk dikunjungi sehingga dimaklumkan kelak.

Rakaman televisyen menunjukkan beberapa ikan paus dihanyutkan di pantai, tetapi seorang pegawai mengesahkan kepada AFP bahawa haiwan-haiwan itu pergi ke pantai pada hari Selasa, sebelum tsunami.

Di Hawaii, gabenor Josh Green berkata penerbangan masuk dan keluar dari pulau Maui telah dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Setakat ini tiada gelombang tsunami yang mendarat di sini,” katanya.

Selain di negara-negara terbabit, Filipina dan Indonesia juga turut mengeluarkan amaran tsunami di beberapa kawasan pagi tadi.

Sumber: AFP, The Fiji Times