Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Alunan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Bergema Di Bukit Bintang 

Iqbal Yasir
Al-Quran Bergema Bukit Bintang
Gambar: Ketua Pengarah JAKIM

Alunan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Bergema Di Bukit Bintang

Terkenal sebagai kawasan yang tidak pernah ‘tidur’, siapa sangka di tengah kesibukan bandar, Bukit Bintang ‘didodoikan’ dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran pada malam tadi.

Menerusi perkongsian Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, memaparkan suasana di lokasi berkenaan yang sentiasa dibanjiri dengan lautan manusia.

Difahamkan, ia merupakan Program “Al-Quran Di Mana-Mana” yang dilakukan di bawah kelolaan JAKIM.

“Bukit Bintang semalam, lain macam..

“Siapa sangka, di tengah kesibukan Bukit Bintang yang tidak pernah tidur, alunan ayat-ayat suci Al-Quran bergema, menyentuh hati sesiapa yang lalu.

“Inilah inisiatif Program “Al-Quran Di Mana-Mana” oleh JAKIM, membawa cahaya kalam Ilahi turun ke jalanan, mendekatkan jiwa-jiwa kota dengan keindahan bacaan para Qari Malaysia,” maklumnya dalam hantaran itu.

Tambah beliau, program ini bukan sekadar persembahan, tetapi jemputan untuk semua menonton Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung Sabtu ini di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur.

“Gembiranya saya melihat anak-anak muda muda berhenti seketika, Pelancong terpaku mendengar, hati-hati yang resah jadi tenang mendengar alunan Al Quran, persembahan nasyid oleh UNIC dan Genji Buskers serta Tadabbur Surah Ad Dhuha oleh Ustaz Hariri, Pentadabbur Majlis Tilawah,” katanya lagi.

Turut hadir memeriahkan dalam program itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato Setia Dr Mohd Naim Haji Mokhtar.

Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Sumber: Ketua Pengarah JAKIM

BACA: Ini Inisiatif Kerajaan Yang Bermula Hari Ini

BACA: Pencipta Cip USB Pulang Ke Malaysia, Buka Syarikat Tawar Gaji Permulaan RM6K