Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Ini Inisiatif Kerajaan Yang Bermula Hari Ini
Tanggal 1 Ogos 2025, menyaksikan pelbagai inisiatif dan langkah yang dilakukan oleh Kerajaan yang mula dikuatkuasakan.
Antara pendekatan yang mencuri perhatian ramai pada hari ini adalah pelaksanaan penuh Perintah Gaji Minimum (PGM) dan Penstrukturan Semula Subsidi Telur Ayam yang bermula hari ini.
Sebelum ini, kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memaklumkan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 sebanyak RM1,700 sebulan akan berkuat kuasa sepenuhnya mulai 1 Ogos ini (hari ini).
Dalam kenyataan itu, perintah tersebut akan terpakai kepada semua majikan di seluruh negara, tanpa mengira bilangan pekerja yang digajikan susulan pelaksanaan penagguhan selama enam bulan yang diberikan sebelum ini, yang akan tamat pada 31 Julai ini.
“Mulai 1 Ogos ini, semua majikan tanpa pengecualian, termasuk mereka yang sebelum ini menikmati tempoh penangguhan, perlu mematuhi perintah gaji minimum sebanyak RM1,700 sebulan.
“Ini termasuk untuk pekerja bukan warganegara dan pekerja kontrak perantisan, namun tidak terpakai kepada pekhidmat domestik,” menurut kenyataan itu.
Subsidi Telur Ayam
Sementara itu, Kerajaan sebelum ini memaklumkan langkah penstrukturan semula subsidi telur ayam berkuat kuasa hari ini, sebagai sebahagian daripada pendekatan penyasaran subsidi secara berfasa yang lebih lestari dan berimpak tinggi.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan berkata, pihak industri telah bersetuju untuk memperkenalkan Telur Gred Khas yang akan ditawarkan pada harga lebih berpatutan.
Ia sebagai inisiatif segera untuk memastikan keterjaminan bekalan dan kestabilan harga telur ayam.
“Rakyat juga boleh mendapatkan telur ayam dengan harga kompetitif melalui program Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah yang dilaksanakan secara meluas di seluruh negara, termasuk di premis jualan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP),” maklum kenyataan itu.
Pada 23 Jun lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) akan mula beroperasi sebagai Badan Berkanun Diasingkan Saraan dan Dibebaskan (BBDSB) berkuat kuasa hari ini.
Perkara ini sekali gus CAAM mengambil alih sepenuhnya fungsi pengawalseliaan ekonomi yang sebelum ini dikendalikan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri yang meluluskan cadangan berkenaan pada 11 Jun lalu.