Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Program Kedah Berselawat 2
Gambar: UPDA

Lebih 100,000 Rakyat Imarah Program Kedah Berselawat 2.0

Iqbal Yasir

Lebih 100,000 Rakyat Imarah Program Kedah Berselawat 2.0

ALOR SETAR — Lebih 100,000 rakyat Kedah hadir mengimarahkan program kerohanian, Kedah Berselawat 2.0 di Stadium Darul Aman semalam.

Perkara itu dikongsikan oleh Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA) dalam satu hantaran di Facebook.

Difahamkan, program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kedah itu bukan sahaja dihadiri oleh rakyat Kedah malah seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi perkongsian gambar UPDA, ribuan hadir menyemarakkan majlis ilmu, berselawat, dan menzahirkan kecintaan kepada Rasulullah SAW bersama para alim ulama dan tokoh agamawan yang disegani.

Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, diharapkan dengan adanya majlis ilmu dan kedatangan alim ulamak ke bumi Kedah menjadikan negeri itu bertambah berkat.

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang memberi komitmen untuk terus hadir ke program Kedah Selawat 2.0 pada kali ini,” ujar beliau dalam program tersebut.

Tambah UPDA, pelbagai pengisian menarik diadakan pada sebelah petang, Maghrib dan malam.

“Pelbagai pengisian menarik diadakan antaranya pada sebelah petang diadakan Himpunan Belia Sejahtera bersama Pengerusi Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din; ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar; ADUN Pengkalan Kundor, YB Mardhiyyah Johari; serta barisan pempengaruh Ustaz Yaakob Yusra, Ustaz Firdaus Firabib, Ustaz Aiman Nasir dan Ustaz Ahmad Yusof

“Program diteruskan dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh pendakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar.

“Acara kemuncak Kedah Berselawat 2.0 adalah soal jawab agama gandingan Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor bersama Ustaz Azhar Idrus seterusnya tausiyah istimewa oleh Prof Dr. H. Abdul Somad,” tambah kenyataan itu.

Sumber: Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA)

BACA: Alunan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Bergema Di Bukit Bintang