Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
letusan gunung dahsyat
Kredit: Adila Ibrahim

Lenggong Saksi Letusan Gunung Berapi Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Moden

Nur Erizsha

Lenggong Saksi Letusan Gunung Berapi Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Moden

Malaysia sememangnya kaya dengan sejarah serta tinggalan bernilai yang masih belum diketahui ramai.

Salah satu lokasi penting yang sering menjadi tumpuan pengkaji sejarah dan arkeologi ialah negeri Perak, khususnya kawasan Lenggong.

Umum mengetahui bahawa Lenggong telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, berikutan pelbagai penemuan prasejarah yang tersimpan di kawasan itu sejak ribuan tahun lalu.

Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa Lenggong juga menyimpan rekod fenomena alam yang pernah hampir mengancam kewujudan manusia pada zaman dahulu.

Penemuan Debu Letusan Gunung Berapi Toba di Lenggong

Baru-baru ini, seorang wanita menerusi laman TikTok @adilaibrahimai mencuri perhatian apabila berkunjung ke Geotapak Debu Toba di Bukit Sapi, Lenggong.

Mana tidaknya, barangkali masih ramai yang tidak tahu akan kewujudan tempat ini yang menjadi saksi kepada peristiwa besar dalam sejarah manusia.

Letusan Gunung Berapi Toba di Tasik Toba, Sumatera, yang berlaku kira-kira 74,000 tahun lalu, merupakan letusan gunung berapi paling besar dalam sejarah manusia moden.

Melalui kaedah penentuan usia Ar40/Ar39, saintis mengesahkan bahawa letusan ini berlaku dalam skala yang sangat besar.

Akibatnya, jejak debu daripada letusan tersebut tersebar ke seluruh rantau Asia, termasuk Malaysia. Malah, kesannya turut dikesan di India, Afrika dan Antartika.

Kesan daripada letusan dahsyat itu telah meninggalkan lapisan debu setebal enam meter yang masih boleh dilihat di beberapa kawasan di Lenggong sehingga hari ini.

Menurut Lenggong Geopark, debu yang dikenali sebagai Debu Toba ini mempunyai komposisi riolit dan mengandungi mineral seperti kuarza, zirkon, turmalin dan mika.

Penemuan ini membuktikan bahawa Malaysia turut terkesan secara langsung oleh bencana alam yang hampir membawa kepada kepupusan manusia pada waktu itu.

“Penentuan usia dengan kaedah Ar40/Ar39 berusia sekitar 74,000 tahun bersesuaian dengan letusan mega terakhir volkano Toba di Sumatera Utara.

“Letusan volkano Toba adalah antara letusan terbesar pernah direkodkan dalam sejarah manusia moden dan mempunyai impak global sehingga hampir menyebabkan kepupusan manusia awal,” jelas Lenggong Geopark.

Lebih menarik, terdapat juga penemuan alat-alat batu prasejarah di kawasan Kota Tampan, berhampiran lokasi geotapak ini.

Ia membuktikan tempat tersebut pernah didiami oleh masyarakat Paleolitik. Ini sekali gus menunjukkan mereka telah menetap di kawasan itu sebelum letusan gunung berapi berlaku.

Letusan besar tersebut dipercayai telah memberi kesan besar kepada penduduk awal hingga menyebabkan perubahan drastik dalam struktur populasi manusia purba.

Untuk info, geotapak yang mengandungi tinggalan Debu Toba ini kini berada dalam Zon Penampan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Ia juga dipelihara di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

BACA: Padang Stadium Darul Makmur Kini Bertaraf Dunia, Diiktiraf FIFA

BACA: Bendera One Piece Trending Di Indonesia, Rupanya Ini Sebabnya

BACA: Muhammad Kekal Nama Paling Popular Di England, Wales – ONS

Sumber : TikTok @adilaibrahimai, Lenggong Geopark