Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Padang Stadium Darul Makmur
Gambar: Wan Rosdy bin Wan Ismail/FB

Padang Stadium Darul Makmur Kini Bertaraf Dunia, Diiktiraf FIFA

Hannah

Padang Stadium Darul Makmur Kini Bertaraf Dunia, Diiktiraf FIFA

Padang Stadium Darul Makmur melakar sejarah apabila diiktiraf sebagai padang rumput semula jadi pertama di Malaysia yang menerima pensijilan rasmi daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Pengiktirafan itu dikongsikan sendiri oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam perkongsian di laman Facebook sebentar tadi.

Menurut beliau, padang tersebut mendapat markah 93 peratus dalam penilaian teknikal, sekali gus melayakkannya menerima penarafan kategori “Excellent” daripada FIFA.

Jelas beliau, projek naik taraf padang ini bermula pada September 2024 dengan kos keseluruhan sebanyak RM1.6 juta.

Ia melibatkan sumbangan RM1.1 juta daripada Kerajaan Negeri Pahang, manakala selebihnya dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan.

“Syukur semuanya berjalan lancar dan hari ini kita dah boleh guna sepenuhnya,” kata beliau.

Dalam pada itu, sebagai simbolik penggunaan rasmi, padang bertaraf antarabangsa itu menyaksikan pelancaran Klinik Bola Sepak Bawah 12 Tahun (U12) Negeri Pahang pagi ini.

“Sebanyak 16 kelab dari seluruh negeri ini sertai, termasuk pasukan dari kalangan anak-anak Orang Asli. Bangga tengok semangat mereka,” kongsi beliau.

Beliau turut berharap padang ini tidak hanya digunakan untuk perlawanan berskala besar. Malah, ia diharapkan turut menjadi tempat untuk anak muda mengasah bakat serta ruang riadah komuniti setempat.

Inisiatif ini, katanya, sejajar dengan Aspirasi Pahang 1st, iaitu usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pahang sebagai negeri terbaik dalam pelbagai bidang termasuk sukan.

BACA: Berjalan Kaki 14 Jam Ke Garisan Mula, Wanita Menang Ultramaraton

BACA: Achraf Hakimi Berdepan Hukuman Penjara 15 Tahun

BACA: Malaysia Juara Keseluruhan Kejohanan Boling Remaja Asia 2025

Sumber: Wan Rosdy bin Wan Ismail