Sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025, Eco-Shop melancarkan kempen “Satu Senyuman, Seribu Makna” dari 4 Ogos hingga 28 September, bertepatan dengan tema Merdeka tahun ini, Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.
Kempen ini menyeru rakyat Malaysia untuk menghargai makna di sebalik senyuman yang ringkas, namun penuh makna selaras dengan komitmen Eco-Shop untuk menyantuni rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat.
Figura utama kempen ini ialah cef dan personaliti media sosial tempatan, Che Sayang, yang sinonim dengan gaya mesra dan bersahaja. Bersama Yayasan Budimas, Eco-Shop turut menggerakkan aktiviti kebajikan untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik.
Antara kemuncak kempen ialah “Jamuan Merdeka Terbesar” yang bakal diadakan pada 20 September 2025, melibatkan komuniti terpilih di Lembah Klang. Che Sayang sendiri akan turun padang untuk menyediakan hidangan istimewa buat anak-anak istimewa ini.
Selain itu, Eco-Shop juga akan mengadakan lawatan ke rumah kebajikan bersama Yayasan Budimas dan pertandingan dekorasi bertemakan Merdeka di Sekolah Kebangsaan Ampang.
Untuk pelanggan di seluruh negara, pelbagai promosi eksklusif turut ditawarkan di semua cawangan Eco-Shop. Dengan pembelian minimum RM30 termasuk jenama terlibat, pelanggan akan menerima beg tote edisi khas Eco-Shop dan peluang menyertai “Jamuan Merdeka” bersama Che Sayang. Bendera Malaysia juga boleh dibeli pada harga RM2.00 di semua cawangan sebagai simbol sokongan kepada sambutan ini.
Screenshot
Screenshot
ScreenshotMenurut Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Eco-Shop Malaysia:
“Kempen ini bukan sekadar promosi biasa. Ia tentang mencipta momen bermakna dan menghubungkan rakyat melalui nilai kemanusiaan. Kadangkala, satu senyuman pun sudah cukup untuk memberi makna besar.”
Tonton video penuh kempen Merdeka Eco-Shop bersama Che Sayang di pautan ini dan ikuti perkembangan lanjut melalui Facebook (EcoShopMarketing), Instagram (ecoshop_my), TikTok (@ecoshopmalaysia), dan XiaoHongShu (eco-shop MY).