Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Tip, Cara Bijak Pilih Insurans Kereta Mengikut Gaya Hidup Anda
Memiliki kereta bukan lagi sekadar memenuhi keperluan bergerak dari satu tempat ke tempat lain tetapi sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup ramai orang hari ini.
Ianya sama ada untuk ke pejabat setiap hari, memudahkan urusan keluarga, pulang ke kampung halaman atau sekadar bersiar-siar melepas penat di hujung minggu.
Namun di sebalik kelebihan memiliki kereta, masih ramai pemilik kenderaan yang mengambil ringan soal perlindungan insurans.
Ramai yang hanya membeli polisi asas sekadar syarat untuk memperbaharui cukai jalan tanpa sedar bahawa insurans sebenarnya adalah pelindung kewangan yang amat penting sekiranya berlaku kemalangan, bencana alam atau kecurian di luar jangka.
Lebih malang ada yang hanya menyalin bulat-bulat pilihan orang lain tanpa menilai sama ada perlindungan tersebut sesuai dengan cara hidup mereka sendiri.
Hakikatnya, insurans kereta bukan sama untuk semua orang. Setiap orang mempunyai corak pemanduan, rutin harian dan risiko berbeza yang memerlukan perlindungan berbeza juga.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara bijak untuk pilih insurans kereta yang benar-benar serasi dengan gaya hidup anda.
Dengan langkah yang betul anda bukan sahaja dapat menikmati pemanduan dengan lebih tenang tetapi juga tidak terbeban sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.
Langkah pertama sebelum memilih insurans kereta ialah mengenal pasti bagaimana anda menggunakan kereta setiap hari.
Adakah anda hanya memandu dekat-dekat ke tempat kerja di bandar atau kerap ulang-alik balik kampung setiap bulan?
Adakah anda sering parkir di tepi jalan atau kawasan terbuka yang mudah terdedah pada risiko kecurian? Atau rumah anda terletak di kawasan rendah yang sering dinaiki air semasa musim hujan?
Semua situasi ini sangat mempengaruhi jenis perlindungan yang patut anda pilih. Jangan terikut-ikut dengan cadangan kawan atau orang sekeliling kerana cara guna kereta setiap orang berbeza.
Pilih insurans mengikut keperluan sebenar dan risiko harian anda.
2. Pilih perlindungan komprehensif jika kereta masih baru
Jika anda memandu kereta yang masih baru atau kereta yang nilainya masih tinggi, insurans komprehensif adalah pilihan terbaik yang patut dipertimbangkan.
Ramai orang rasa sayang keluarkan duit lebih untuk insurans tetapi realitinya kereta baru terdedah pada kos pembaikan yang mahal sekiranya terlibat dalam kemalangan.
Insurans komprehensif bukan hanya melindungi kenderaan anda daripada kerosakan atau kecurian, malah turut meliputi tanggungan pihak ketiga sekiranya anda terlibat dalam kemalangan yang merosakkan kenderaan atau harta orang lain.
Walaupun premium sedikit tinggi, ia sangat berbaloi kerana anda tidak perlu keluarkan duit poket sendiri yang besar kalau berlaku perkara tidak diingini.
Selain itu, ramai pemilik kereta juga hanya mengambil polisi asas untuk jimat tetapi lupa bahawa beberapa perlindungan tambahan boleh menyelamatkan mereka pada masa depan.
Contohnya perlindungan cermin hadapan sangat berguna untuk pemandu yang kerap melalui lebuh raya atau jalan berbatu kerana risiko retak atau pecah memang tinggi.
Perlindungan banjir pula wajar dipertimbangkan jika anda tinggal di kawasan yang sering dinaiki air terutamanya musim hujan di Malaysia yang sukar diduga.
Selain itu, boleh juga pertimbangkan perlindungan special perils, windscreen cover dan bantuan tepi jalan (roadside assistance).
Sedikit kos tambahan hari ini jauh lebih murah daripada terpaksa membayar kos pembaikan yang mahal kemudian hari.
BACA : Tarikh Luput: Ini Beza Guna Sebelum Dengan Baik Sebelum
4. Bandingkan polisi daripada beberapa syarikat
Kesilapan biasa ramai pemilik kereta ialah setia pada satu syarikat insurans tanpa membandingkan tawaran lain. Padahal di zaman serba digital ini, perbandingan polisi boleh dibuat dengan mudah secara dalam talian.
Luangkan masa untuk lihat harga premium, perlindungan tambahan yang ditawarkan dan semak juga reputasi syarikat.
Contohnya seperti mudahkah untuk membuat sebarang tuntutan? Berapa cepat prosesnya? Adakah bengkel panel mereka banyak?
Jangan hanya lihat harga murah di muka depan tetapi semak juga manfaat tambahan dan layanan selepas jualan.
Langkah kecil ini boleh bantu anda buat keputusan lebih bijak dan dapatkan perlindungan yang benar-benar berbaloi dengan bayaran premium yang dikeluarkan setiap tahun.
Di samping itu juga, ramai yang rasa lega bila sudah cover kereta dengan insurans, tetapi tidak sempat baca butiran kecil dalam polisi.
Akibatnya, bila berlaku kemalangan atau kerosakan baru sedar kerugian tidak ditanggung sepenuhnya atau ada pengecualian yang tidak diketahui.
Setiap polisi mempunyai had tanggungan yang berbeza. Oleh itu, semak betul-betul apa yang dilindungi, apa yang dikecualikan dan syarat-syarat kecil lain.
Jangan segan untuk bertanya pada ejen insurans atau pihak syarikat jika ada terma yang anda tidak faham. Dengan memahami polisi sepenuhnya, anda boleh mengelakkan kejutan yang memeningkan di kemudian hari.
6. Rancang bajet premium dengan bijak
Insurans yang baik tidak semestinya yang mahal tetapi perlindungan yang tidak cukup boleh menyebabkan anda kerugian besar bila ditimpa musibah.
Sebab itu penting untuk rancang bajet premium insurans sebagai sebahagian daripada kos pemilikan kereta. Jika mahu jimat, jangan terus potong perlindungan penting hanya kerana nak premium lebih rendah.
Bandingkan apa yang anda dapat, kemudian cari keseimbangan antara kemampuan kewangan dan keperluan perlindungan. Lebih baik keluarkan sedikit kos lebih awal daripada terpaksa menanggung perbelanjaan ribuan ringgit yang tidak dijangka.
Ramai pemilik kereta terlepas pandang kelebihan No Claim Discount (NCD). Jika anda memandu dengan baik dan tidak pernah membuat tuntutan sepanjang tahun, anda layak dapat diskaun sehingga 55% untuk pembaharuan polisi. J
umlah ini sangat membantu untuk meringankan premium tahunan.
Jadi jika kerosakan hanya kecil dan tidak terlalu membebankan, pertimbangkan untuk tidak membuat tuntutan supaya kelayakan NCD tidak terjejas.
Dengan cara ini, anda boleh berjimat setiap tahun sambil kekal dilindungi sepenuhnya.
Kesimpulannya, memilih insurans kereta yang sesuai bukanlah kerja susah asalkan anda tahu apa yang perlu diutamakan. Fahami keperluan dan risiko harian, bandingkan pilihan, dan jangan malas membaca butiran polisi.
Dengan langkah yang betul, insurans bukan sekadar syarat wajib tetapi ia juga menjadi pelindung yang menyelamatkan kewangan anda dari kerugian besar.
BACA : 7 Tip Bijak Pilih Tempat Duduk Kapal Terbang
Sumber :
touchngo
,
cimb