Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Letusan Gunung Berapi Cetus Amaran Penerbangan Tahap Tertinggi Di Rusia

Hannah
amaran penerbangan
Gambar: X

Letusan Gunung Berapi Cetus Amaran Penerbangan Tahap Tertinggi Di Rusia

VLADIVOSTOK, 7 Ogos (Bernama-Xinhua) — Tahap amaran penerbangan bagi Gunung Klyuchevskoy di Semenanjung Kamchatka, Rusia telah dinaikkan daripada jingga kepada merah berikutan peningkatan aktiviti letusan, menurut pihak berkuasa tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.

Letusan di puncak sedang berlaku, dengan data satelit menunjukkan abu menjulang sehingga 9.5 kilometer (km) dari paras laut dan kepulan abu bergerak kira-kira 141 km ke arah timur-tenggara dari gunung berapi itu, menurut kenyataan yang disiarkan oleh Pasukan Tindak Balas Letusan Gunung Berapi Kamchatka (KVERT) dari Institut Vulkanologi dan Seismologi, Cawangan Timur Jauh Akademi Sains Rusia di saluran Telegramnya.

KVERT memberi amaran bahawa letusan abu sehingga 10 km boleh berlaku pada bila-bila masa, yang berpotensi menjejaskan penerbangan antarabangsa serta pesawat yang terbang pada altitud rendah di rantau itu.

Berketinggian kira-kira 4,754 meter, Klyuchevskoy merupakan gunung berapi aktif tertinggi di Eurasia.

Letusan di puncak semakin meningkat susulan gempa bumi kuat berukuran 8.8 magnitud di luar pantai Semenanjung Kamchatka minggu lepas.

BACA: 6 Gunung Berapi Meletus Selepas Gempa Kuat 8.8M

Sumber: BERNAMA