Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 Cara Halau Tikus Tanpa Racun, Selamat & Berkesan

Sofea
10 cara halau tikus
Kredit: ImageFX

10 Cara Halau Tikus Tanpa Racun, Selamat & Berkesan

Kehadiran tikus di dalam rumah sememangnya amat meresahkan terutama apabila ia mula membiak dengan sangat banyak. Haiwan ini bukan saja membuat bising pada waktu malam, malah suka kencing merata-rata termasuk di dalam almari pakaian.

Lebih menjengkelkan, tikus sukar untuk dikesan dan pandai bersembunyi apabila sedar akan kehadiran manusia. Justeru, ramai yang akan menggunakan racun untuk menghapuskannya.

Jangan risau, artikel kali ini akan mendedahkan beberapa petua untuk menghalau haiwan itu tanpa menggunakan bahan kimia.

Ikuti perkongsian dari pengguna Facebook, Pertanian Satu Perniagaan di bawah ini.

10 Petua Halau Tikus Secara Semulajadi

1. Daun Pudina (Peppermint)

Tikus benci bau pudina. Titiskan minyak pudina pada bebola kapas dan letak di sudut rumah.

2. Kulit Limau atau Lemon

Letakkan kulit limau/lemon kering di laluan tikus. Bau citrus yang kuat akan menghalau mereka.

3. Serbuk Lada Hitam

Tabur lada hitam di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau pedas menyengat tidak disukai tikus.

4. Cuka Putih + Air

Campurkan dalam botol sembur dan semburkan di dapur dan ruang stor. Bau cuka menyamarkan jejak makanan.

BACA JUGA: Petua, Cara & Tip Lembut Daging Korban Liat

5. Daun Pandan

Letak daun pandan segar di celah almari, dapur dan stor. Bau kuatnya buat tikus menjauh.

6. Kapur Barus (Camphor)

Letakkan kapur barus di tempat tertutup. Elakkan kawasan berdekatan makanan kerana beracun.

7. Bawang Putih

Tikus tidak suka bau bawang putih. Letak beberapa ulas di tempat tersembunyi atau buat semburan campuran air + bawang putih kisar.

8. Minyak Kayu Putih (Eucalyptus Oil)

Bau herba ini sangat kuat bagi deria tikus. Titiskan pada kain atau kapas di bawah kabinet.

9. Perangkap Botol DIY

Gunakan botol berisi makanan untuk tarik tikus masuk, pastikan botol licin agar tikus tidak dapat keluar.

10. Pastikan Rumah Bersih

Buang sisa makanan, tutup tong sampah, dan elakkan ada lubang masuk ke rumah.

Tips Tambahan: Letakkan perangkap atau umpan tikus semulajadi dengan mentega kacang dan makanan kering jika perlu. Elakkan guna racun jika ada anak kecil atau haiwan peliharaan.

Sumber: Pertanian Satu Perniagaan