Siakap Keli
Daging Korban Liat? Ini Cara Lembutkannya
Gambar AI

Petua, Cara & Tip Lembut Daging Korban Liat

Petua, Cara & Tip Lembut Daging Korban Liat

Setiap kali tibanya musim ibadah korban, suasana penuh keberkatan turut disertai dengan limpahan rezeki daging segar yang dikongsi bersama ahli keluarga, jiran tetangga dan kenalan.

Bagi yang gemar memasak, menerima daging korban pastinya sesuatu yang dinanti-nantikan untuk diolah menjadi pelbagai juadah enak seperti rendang, sup, gulai atau daging bakar.

Namun begitu, satu cabaran yang sering dihadapi ramai orang ialah tekstur daging korban yang agak liat dan sukar empuk terutamanya jika melibatkan bahagian seperti batang pinang, paha, atau leher.

Jika tidak dimasak dengan betul, daging yang liat boleh merosakkan selera dan menyukarkan proses mengunyah lebih-lebih lagi untuk golongan warga emas atau kanak-kanak.

Usah risau, Dengan teknik dan bahan yang betul, daging korban yang liat boleh dilembutkan dengan mudah. Malah kekal juicy dan berperisa selepas dimasak.

Dalam artikel kali ini, kami kongsikan beberapa petua, cara dan tip berkesan, mudah serta terbukti menjadi untuk memasak daging korban yang liat agar hidangan lebih sempurna untuk dinikmati bersama orang tersayang.

1. Nenas dan betik melembutkan daging

Nenas dan betik muda kaya dengan enzim semula jadi seperti bromelain dan papain yang sangat berkesan dalam memecahkan serat daging.

Enzim ini berfungsi sebagai agen pelarut protein menjadikan daging lebih empuk tanpa memerlukan masa memasak yang panjang. Selain mudah diperoleh, penggunaan bahan semula jadi ini sangat praktikal untuk diamalkan di rumah.

Selain itu, ia juga lebih selamat dan sihat berbanding pelunak daging kimia yang mungkin mengandungi bahan berbahaya.

Namun, anda perlu berhati-hati supaya tidak memerap terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan tekstur daging menjadi terlalu lembik dan kurang enak apabila dimasak.

2. Bungkus daging dengan daun betik

Daun betik bukan sahaja digunakan sebagai pembalut tradisional tetapi juga mengandungi enzim papain yang membantu melembutkan daging secara semulajadi.

Dengan membungkus daging menggunakan daun betik selama 30 minit hingga satu jam, anda membenarkan enzim tersebut meresap masuk ke dalam serat daging sekaligus menjadikannya lebih empuk.

Kaedah ini sangat sesuai untuk daging yang akan digoreng atau dimasak rendang kerana ia juga memberikan aroma segar dan alami pada hidangan. Cara ini juga bebas dari bahan kimia dan mudah untuk diamalkan di rumah.

3. Rebus dengan sudu besi atau penutup periuk aluminium

Petua tradisional ini dipercayai dapat mempercepatkan proses pelunakan daging walaupun belum terbukti secara saintifik.

Dengan meletakkan sudu besi atau penutup periuk aluminium ke dalam air rebusan, ia dipercayai membantu penghantaran haba menjadi lebih sekata dan efektif.

Ramai yang mengamalkan cara ini mendapati daging menjadi lebih cepat empuk dan tidak keras walaupun dimasak dalam masa yang singkat.

Selain itu, teknik ini sangat mudah dilakukan dan tidak memerlukan bahan tambahan lain.

4. Mulakan rebusan dengan air yang mendidih

Di samping itu, memasukkan daging ke dalam air yang sudah mendidih juga adalah langkah penting untuk memastikan daging tidak menjadi liat semasa proses memasak.

Air panas yang mendidih akan menguncupkan serat daging dengan cepat membolehkan tekstur lembut terperangkap di dalamnya.

Sebaliknya, menggunakan air sejuk menyebabkan daging melalui proses pemanasan secara perlahan yang boleh membuatnya menjadi keras dan sukar empuk. Kaedah ini juga membantu mempercepat masa memasak dan mengekalkan nutrien dalam daging.

5. Tambah bahan aromatik seperti halia, serai dan lengkuas

Selain meningkatkan rasa dan aroma masakan, halia, serai dan lengkuas mempunyai sifat yang membantu mengurangkan bau hamis daging segar.

Bahan-bahan ini juga dipercayai mengandungi enzim atau bahan semula jadi yang membantu melonggarkan serat daging sekali gus dapat memudahkan proses pelembutan.

Oleh itu, menambah bahan aromatik ini ke dalam rebusan atau masakan berkuah boleh menjadikan hidangan lebih wangi dan menyelerakan.

Ia juga membantu mengurangkan rasa ‘berbau’ yang kadang-kadang kurang digemari oleh sesetengah orang.

BACA : Tip Pilih Pokok “Indoor”, Rumah Nampak Elegan

6. Gunakan Pressure Cooker 

Periuk tekanan tinggi atau pressure cooker juga merupakan alat yang sangat efektif untuk melembutkan daging keras dalam masa singkat.

Dengan menggunakan tekanan dan suhu tinggi, daging akan empuk sepenuhnya dalam masa 30 hingga 45 minit sahaja berbanding memasak secara konvensional yang boleh mengambil masa berjam-jam.

Selain menjimatkan masa, pressure cooker juga membantu mengekalkan rasa asli dan jus daging dalam masakan. Ini menjadikannya pilihan terbaik bagi mereka yang sibuk tetapi masih mahu menikmati hidangan daging yang enak dan lembut.

7. Potong bertentangan arah urat daging

Teknik memotong daging memainkan peranan penting dalam menentukan kelembutan hasil masakan.

Dengan memotong daging secara melawan arah serat atau urat, anda memutuskan struktur serat yang keras dan memudahkan proses kunyahan.

Potongan yang betul juga membolehkan daging menyerap perapan dan rempah dengan lebih baik dan menghasilkan rasa yang lebih meresap.

Jika potongan daging dilakukan searah urat, daging cenderung menjadi lebih liat dan susah dikunyah walaupun sudah dimasak lama.

8. Perap dengan cuka atau jus limau nipis

Bahan perapan yang berasid seperti cuka dan jus limau nipis membantu memecahkan serat keras pada daging dengan berkesan.

Asid dalam bahan ini bertindak mengurai protein dalam daging sekaligus menjadikan teksturnya lebih lembut dan mudah dimasak.

Selain itu, ia juga mampu meningkatkan cita rasa hidangan dengan memberikan aroma segar yang menggugah selera.

Walau bagaimanapun, tempoh perapan perlu dikawal dengan teliti. Biasanya sekitar 30 minit sahaja agar daging tidak menjadi terlalu masam atau kering apabila dimasak.

Teknik ini sesuai untuk mereka yang ingin menambahkan sedikit rasa segar dan asam pada hidangan daging. Jika diperap terlalu lama, rasa asid boleh mengatasi keenakan daging dan mengubah teksturnya menjadi terlalu lembik atau keras.

9. Elakkan memasak dengan api yang besar

Memasak daging dengan api yang terlalu besar boleh menyebabkan lapisan luar cepat kering dan keras sementara bahagian dalam mungkin belum cukup empuk.

Sebaliknya, memasak terlalu lama pada api perlahan tanpa teknik yang betul juga boleh mengakibatkan daging kehilangan kelembapan dan menjadi liat.

Oleh itu, kawalan suhu dan masa memasak yang betul adalah kunci untuk mendapatkan daging korban yang lembut, berjus dan enak. Gunakan api sederhana dan perhatikan masa memasak untuk hasil terbaik.

Amalkan petua, cara dan tip berkesan untuk buat daging korban jadi lembut sebelum dimasak

Memasak daging korban yang sedap dan empuk bukan lagi satu cabaran jika anda tahu cara yang betul.

Dengan mengamalkan beberapa petua di atas, anda bukan sahaja dapat menyediakan hidangan yang lazat tetapi juga menjadikan pengalaman makan bersama keluarga lebih menyeronokkan.

BACA : 9 Kesilapan Guna Gear Automatik Anda Selalu Buat

Sumber : maggi.my, tasteofhome

suhaila

live your best life

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.