Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Tip Menghias Pokok "Indoor" Agar Rumah Nampak Elegan
Gambar AI
Tiada Kategori

Tip Pilih Pokok “Indoor”, Rumah Nampak Elegan

suhaila

Tip Pilih Pokok “Indoor”, Rumah Nampak Elegan

Dalam dunia dekorasi moden masa kini, pokok hiasan indoor bukan lagi sekadar sebagai pelengkap ruang.

Sebaliknya, ia telah menjadi elemen tumpuan utama atau statement piece yang berupaya untuk menyerlahkan suasana dan menaikkan seri sesebuah ruang.

Sama ada anda menggemari gaya minimalis, skandinavia, atau boho-chic, kehadiran tumbuhan indoor mampu menyuntik elemen semula jadi yang menyegarkan serta melengkapkan keseluruhan konsep dekorasi kediaman anda.

Namun begitu, untuk memastikan hasil dekorasi yang benar-benar memukau, cara anda menyusun dan menata pokok hiasan perlulah tepat dan berstrategi.

Elakkan meletakkannya secara sembarangan. Dengan pemilihan pasu yang sesuai, pencahayaan yang ideal serta susun atur yang terancang, pokok hiasan dalaman anda boleh menjadi fokus utama yang mencuri perhatian dalam ruang kediaman.

Berikut kami kongsikan beberapa tip untuk anda pilih dan hias pokok indoor agar ianya dapat menjadikan rumah anda nampak lebih elegan serta menarik.

1. Pilih pokok yang sesuai dengan suasana rumah

Pertama sekali, pemilihan pokok yang tepat untuk ruang dalam rumah adalah langkah yang paling asas dan penting dalam proses menghias ruang rumah dengan tumbuhan indoor.

Anda perlu ambil kira faktor seperti saiz ruang, tahap pencahayaan semula jadi dan juga gaya dekorasi keseluruhan rumah anda.

Sebagai contoh, jika ruang tamu anda luas dengan cahaya matahari yang banyak masuk, pokok yang bersaiz besar seperti Fiddle Leaf Fig atau Bird of Paradise adalah pilihan yang terbaik kerana ianya mampu menjadi fokus utama dan mengisi ruang kosong dengan lebih elegan.

Sebaliknya, untuk ruang yang lebih kecil atau sudut bilik yang sempit anda boleh memilih pokok yang lebih kompak dan mudah dijaga seperti Snake Plant atau Peace Lily yang tidak memerlukan banyak ruang dan masih dapat memberikan sentuhan hijau yang menyegarkan.

2. Mainkan ketinggian dan saiz

Penggunaan pokok dengan ketinggian dan saiz yang berbeza adalah teknik yang sangat efektif untuk menghasilkan kedalaman dan dimensi visual pada sesebuah ruang.

Bayangkan jika semua pokok dalam rumah anda mempunyai saiz yang sama sahaja. Ruang tersebut akan kelihatan statik dan kurang dinamik.

Dengan menggabungkan pokok tinggi bersama pokok yang lebih rendah, anda dapat mencipta susunan yang lebih menarik dan bertenaga.

Sebagai contoh, pokok besar diletakkan di sudut bilik atau berhampiran perabot utama seperti sofa akan memberikan impak dramatik dan menjadi tumpuan utama.

Manakala pokok yang lebih kecil boleh diletakkan di atas meja sisi atau rak untuk menambah lapisan visual yang lebih halus dan berseni.

Kombinasi ini juga membantu mengekalkan keseimbangan ruang supaya tidak terlalu sesak atau kosong.

3. Pilih pasu yang bergaya dan seiring tema

Selain daripada pokok itu sendiri, pemilihan pasu adalah aspek yang sering dipandang ringan tetapi sebenarnya sangat penting untuk memastikan gaya dekorasi keseluruhan kelihatan serasi dan menarik.

Pasu ibarat ‘pakaian’ untuk pokok yang anda pilih. Ianya harus melengkapi rupa pokok dan menyesuaikan dengan tema ruang.

Contohnya, bagi rumah yang mempunyai konsep minimalis dan moden, pasu seramik berwarna putih atau warna neutral seperti kelabu dan beige boleh memberikan sentuhan kemasan yang bersih dan elegan.

Manakala untuk mereka yang menggemari gaya bohemian atau boho, pasu rotan atau anyaman seperti bakul memberi efek natural dan artistik yang sangat sesuai.

Jika rumah anda bergaya industrial, pasu besi hitam atau konkrit pula boleh memperkuatkan konsep tersebut. Jangan takut untuk bereksperimen dengan pelbagai tekstur dan warna asalkan harmoni dengan elemen lain di dalam rumah.

BACA : 8 Barang Yang Ramai Suka Simpan Tetapi Bahaya

4. Letakkan di lokasi yang strategik

Di samping itu, penempatan pokok indoor bukan sekadar meletakkannya di mana-mana sudut secara rawak. Ia perlu dirancang dengan teliti agar dapat memberikan kesan dekorasi yang lebih optimum.

Lokasi yang strategik boleh menjadikan pokok sebagai titik fokus yang menarik perhatian. Sekaligus ianya dapat menyemarakkan suasana dan menjadikan ruang terasa lebih hidup dan segar.

Contohnya, anda boleh meletakkan pokok di sebelah sofa sebagai pelengkap ruang rehat. Pokok juga boleh diletakkan di sisi cermin besar supaya pantulan warna hijau memberikan ilusi ruang yang lebih luas dan terang.

Sudut-sudut yang kurang digunakan seperti ruang bawah tangga turut sesuai untuk dihias. Anda boleh memilih pokok yang tinggi bagi mengisi ruang kosong tersebut dan menjadikannya kelihatan lebih bergaya.

Selain itu, anda juga boleh meletakkan pokok pada rak dinding atau atas meja konsol sebagai elemen ‘accent’ yang dapat menambah personaliti dan keunikan pada ruang anda.

5. Gunakan aksesori tambahan

Untuk menjadikan pokok indoor anda kelihatan lebih ‘curated’ dan bergaya, jangan lupa untuk menambahkan aksesori yang sesuai.

Contohnya, gunakan bakul rotan atau keranjang anyaman sebagai alas pasu untuk menambah sentuhan natural dan tekstur yang menarik.

Selain itu, tapak kayu atau plant stand juga boleh membantu menaikkan paras pokok, menjadikan ianya lebih menonjol dan mudah dilihat.

Jika anda sukakan elemen gantung, macrame hanger adalah pilihan terbaik yang sangat sesuai. Ia bukan sahaja trendy, malah turut memberikan suasana bohemian yang santai dan cantik.

Aksesori ini bukan sahaja dapat menambahkan nilai estetika tetapi juga membantu membezakan pokok anda daripada sekadar hiasan biasa kepada satu karya seni yang tersusun rapi.

6. Mix pokok asli dan pokok tiruan

Tidak semua orang mempunyai masa atau kemahiran untuk menjaga pokok hidup dengan sempurna terutama bagi mereka yang sibuk atau tinggal di kawasan kurang cahaya.

Oleh itu, campuran antara pokok asli dan pokok tiruan adalah satu penyelesaian yang bijak dan praktikal. Pokok tiruan yang berkualiti tinggi kini semakin realistik dan sukar dibezakan dengan yang asli.

Ia menjadi alternatif terbaik untuk diletakkan di kawasan yang kurang mendapat cahaya semula jadi seperti tandas atau lorong rumah.

Sementara itu, pokok hidup pula diletakkan di ruang utama seperti ruang tamu dan dapur di mana ia mendapat cukup cahaya dan udara segar.

Gabungan ini bukan sahaja memudahkan dari segi penjagaan. Ia juga memastikan rumah anda sentiasa kelihatan segar dan semula jadi tanpa perlu risau tentang penyiraman atau pencahayaan yang mencukupi.

Perlu bijak fahami tip pilih pokok indoor, agar rumah terhias dengan elok

Sebagai kesimpulan, pokok hiasan bukan hanya berfungsi sebagai dekorasi tetapi juga membawa elemen hidup dan ketenangan ke dalam rumah.

Dengan styling yang betul, ia mampu menjadikan ruang anda bukan sahaja elegan tetapi juga lebih mesra alam dan menyenangkan. Tak kira rumah besar atau kecil, sentuhan hijau pasti mampu menyerlahkan gaya peribadi anda.

Sumber : thespruce, lick

BACA : Tip Cuci Baju Putih Guna Mesin Basuh, Tapi Kekal Cerah