Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Selepas ‘Pele Palestin’, Seorang Lagi Pemain Palestin Maut Ditembak
GAZA — Seorang lagi pemain Palestin, Mahmoud Rafi’ Shahin yang bermain untuk Al-Tuffah Sports Club dilaporkan maut ditembak oleh tentera Israel.
Perkara itu disahkan Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) dalam satu kenyataan.
“Pendudukan Israel terus melakukan jenayah secara sistematik terhadap sukan Palestin. Mangsa terbaharu ialah syahid Mahmoud Rafi’ Shahin, pemain Kelab Sukan Al-Tuffah, yang ditembak dan dibunuh oleh pasukan Israel” tulis kenyataan itu.
Sebelum ini, bekas pemain pasukan kebangsaan Palestin, Suleiman al-Obeid yang digelar ‘Pele Palestin’ maut akibat ditembak tentera Israel, lapor AFP
Perkara itu disahkan Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) dalam satu kenyataan.
Difahamkan, Obeid, 41, maut ditembak ketika menunggu bantuan kemanusiaan di selatan Semenanjung Gaza.
Obeid merupakan legenda kelab Khadamat Al-Shati di Gaza dan pernah menjaringkan lebih 100 gol sepanjang kerjayanya, selain beraksi dalam 24 perlawanan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Palestin.
“Sepanjang kerjayanya, Al-Obeid menjaringkan lebih 100 gol, menjadikannya antara bintang paling menyerlah dalam arena bola sepak Palestin,”
Pemain tengah tersebut turut pernah bermain untuk Kelab Pusat Belia Al-Amari di Tebing Barat, yang telah diduduki Israel sejak 1967.
Ketika menetap di sana pada 2010, Obeid merupakan antara enam pemain dari Gaza dalam pasukan kebangsaan yang dihalang di sempadan Jordan atas sebab keselamatan ketika dalam perjalanan ke Mauritania untuk perlawanan persahabatan.
Dilahirkan di Bandar Gaza, Obeid berkahwin dan mempunyai lima orang anak
Ketika ini, Gaza sedang berdepan krisis kebuluran.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sebelum ini mendedahkan, sejak akhir Mei, lebih 1,300 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan Israel ketika cuba mendapatkan bantuan makanan di wilayah itu.
Sejak bermulanya perang Israel-Gaza tercetus, pada Oktober 2023, seramai 662 individu dalam sektor sukan dan pengakap telah terbunuh, termasuk 321 dalam komuniti bola sepak, menurut PFA.