Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MyLesen B2: Panduan Mohon Lesen Motosikal Percuma 2025

lesen motosikal percuma
Gambar: BERNAMA

MyLesen B2: Panduan Mohon Lesen Motosikal Percuma 2025

Memiliki lesen motosikal kini sudah menjadi satu keperluan untuk memudahkan urusan harian, sama ada ke sekolah, universiti atau tempat kerja.

Namun, kos latihan dan ujian lesen yang tinggi sering menjadi halangan, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.

Menyedari situasi ini, kerajaan memperkenalkan Program MyLesen B2, satu inisiatif khas untuk membantu golongan B40 mendapatkan lesen motosikal Kelas B2 (tidak melebihi 250cc) secara percuma.

Program ini menyasarkan pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian serta belia sebagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan, di samping meningkatkan keselamatan jalan raya.

Syarat Kelayakan

Untuk memohon, pemohon perlu memenuhi kriteria berikut:

  • Warganegara Malaysia

  • Berumur 16 hingga 35 tahun

  • Pelajar sekolah menengah, institusi pengajian atau belia

  • Golongan B40 atau tanggungan

  • Sihat fizikal dan mental

  • Tidak pernah memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) atau Lesen Belajar Memandu (LDL) B2 yang tamat tempoh lebih dua tahun

  • Tidak disenarai hitam oleh JPJ, PDRM atau mahkamah

Kos Permohonan

  • Percuma – Semua kos latihan dan ujian dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

  • Tidak termasuk – Kos pemeriksaan kesihatan, pengangkutan, penginapan dan makan minum adalah tanggungan peserta sendiri.

Lokasi Latihan & Ujian

  • Latihan dan ujian hanya dijalankan di Institut Memandu (IM) yang ditetapkan oleh JPJ Negeri.

  • Peserta perlu melengkapkan latihan dan ujian di IM yang didaftarkan. Pertukaran IM tidak dibenarkan.

  • Peserta perlu menandatangani Borang Aku Janji sebagai komitmen terhadap program.

Perkara Penting

1. Lokasi Permohonan – Pendaftaran dibuat melalui pejabat JPJ Negeri.

2. Tarikh Tutup – Penyertaan dibuka sehingga kuota penyertaan di JPJ Negeri dipenuhi.

3. Pengesahan Kesihatan – Peserta perlu melengkapkan Borang Perakuan Kesihatan Calon.

4. Pemohon OKU yang layak – Terhad kepada kategori berikut, dengan syarat tidak memerlukan pengubahsuaian pada kenderaan:

  • Pendengaran

  • Pertuturan

  • Pembelajaran

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program MyLesen B2 Tahun 2025 boleh diajukan di pejabat JPJ Negeri yang berdekatan.

BACA: Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 Mulai 12 Ogos 2025

BACA: Meter Pintar TNB Bantu Rakyat Malaysia Urus Tenaga Lebih Baik

BACA: JPN Kongsi Sebab Kenapa Kod Negeri Pada IC Tidak Disusun Ikut Negeri

Sumber: JPJ