Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
rekaan duit kertas
Kredit: Bernama

Ramai Pegang Setiap Hari, Tapi Tak Tahu Maksud Rekaan Gambar Pada Duit Kertas

Sofea

Ramai Pegang Setiap Hari, Tapi Tak Tahu Maksud Rekaan Gambar Pada Duit Kertas

Dalam dunia yang serba moden ini, sesetengah orang mungkin tidak lagi memegang wang tunai dan lebih gemar menjalankan transaksi pembelian tanpa tunai. Bagaimanapun, wang tunai juga masih lagi mempunyai nilai tersendiri dan sememangnya menjadi cara pembayaran yang kekal relevan.

Ya, transaksi tanpa tunai diakui memudahkan orang ramai, namun perasaan apabila dapat memegang duit sendiri adalah sesuatu yang berlainan.

Untuk pengetahuan, wang kertas di Malaysia mempunyai revolusi yang tersendiri dan rekaannya juga berubah. Tetapi apa yang tidak berubah adalah gambar Yang di-Pertuan Agong Pertama Persekutuan Tanah Melayu, Tuanku Abdul Rahman.

Selain wajah tersebut, wang kertas juga dihiasi dengan pelbagai lagi gambar yang mempunyai makna tersendiri.

Walaupun dibawa di dalam dompet setiap hari, pasti ramai yang belum tahu mengenai maksud gambar-gambar tersebut. Justeru, SK kali ini ingin berkongsi mengenai maksud gambar di wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.

Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), wang kertas Malaysia siri keempat ini adalah bertemakan ‘Keunikan Malaysia’. Ia memaparkan ekpresi tradisional yang diilhamkan dari seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna serta ekonomi dan tradisi.

Wang RM1

RM1 dihiasi dengan gambar permainan wau bulan yang merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Kredit: Bank Negara Malaysia

Secara tradisinya, permainan itu adalah suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik. Ia sekaligus merapatkan masyarakat tempatan di negeri-negeri tersebut.

Wang RM5

Jika anda perasan, wang kertas RM5 mempunyai rekaan gambar Burung Enggang Badak. Ia merupakan salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia.

Menurut Bank Negara Malaysia, burung tersebut melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.

Kredit: Bank Negara Malaysia

Wang RM10

Beralih ke RM10 pula, terdapat spesies bunga Rafflesia Azlanii dipaparkan pada wang kertas itu. Bunga tersebut adalah spesies asli Semenanjung Malaysia dan ia mula ditemui di Hutan Simpan Royal Belum, Perak pada tahun 2003.

Namanya, Rafflesia Azlanii diberikan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bagi memperingati penemuan itu.

rekaan duit kertas
Kredit: Bank Negara Malaysia

Wang RM20

Pada RM20, ia memaparkan dua spesies penyu iaitu Penyu Karah dan Penyu Belimbing. Untuk pengetahuan, spesies-spesies penyu itu sangat terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia. Ia juga adalah lambang kepelbagaian hidupan laut di perairan tropika negara ini.

“Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.

“Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana,” kata BNM.

rekaan duit kertas
Kredit: Bank Negara Malaysia

BACA JUGA: Ini Sejarah Penggunaan Mata Wang Ringgit Malaysia

Wang RM50

Bagi RM50 pula, tema utama reka bentuknya ialah Misi Nasional bagi menggerakkan ekonomi dalam rantaian nilai yang mencerminkan transformasi ekonomi Malaysia dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan ekonomi.

Kelapa sawit dan bioteknologi yan dipaparkan pada wang kertas ini dianggap sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju.

rekaan duit kertas
Kredit: Bank Negara Malaysia

Wang RM100

Duit yang paling digemari ramai ini dihiasi dengan rekaan gambar Gunung Kinabalu di Sabah dan lembah Gunung Api di Taman Negara Mulu, Sarawak.

rekaan duit kertas

Ia merupakan dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’ oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sumber: Bank Negara Malaysia