Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ibu Maut Korbankan Nyawa Selamatkan Anak
Seorang ibu sanggup mengorbankan nyawanya demi menyelamatkan anak perempuannya. Beliau sempat menolak anak itu keluar dari laluan dahan pokok yang tumbang, beberapa saat sebelum dirinya sendiri dihempap.
Mangsa, 32, ketika itu sedang membawa anak perempuannya yang berusia lima tahun menaiki stroller. Mereka juga ditemani anak lelaki sulungnya, 9, yang berjalan bersama suaminya, 33, di hadapan.
Difahamkan, sebatang dahan pokok besar tiba-tiba patah dan tumbang ke arah mereka.
Mangsa sempat menolak stroller anaknya ke tepi, menyebabkan anak itu terselamat tanpa sebarang kecederaan. Namun, mangsa sendiri terkena hempapan dahan tersebut dan maut di tempat kejadian.
Suami mangsa yang berada beberapa meter di hadapan bergegas mendapatkan isterinya, namun tiada apa yang dapat dilakukan.
Menurut Daily Mail UK, kejadian ini berlaku di Taman Witton Country, Blackburn pada malam Isnin lalu. Ia berhampiran kawasan Big Cover Wood, sebuah lokasi terkenal dengan pokok-pokok besar.
Pada Rabu, pihak majlis perbandaran telah menebang sepenuhnya pokok terbabit dan memotong beberapa dahan pokok berhampiran sebagai langkah keselamatan.
BACA: Padah Cuba “Selfie” Dengan Gajah, Lelaki Cedera Parah Dipijak
BACA: Tular Suasana Pilu Di Pengebumian Prada Lucky, Ibu Merintih Minta Keadilan
BACA: Polis Tahan Wanita Warga Asing Disyaki Memandu Cuai, Cederakan Enam Individu
Sumber: Daily Mail UK