Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KA “Restock” Rendang Nyet, Raih Jualan RM1 Juta
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming (KA) sekali lagi berjaya mencatatkan jualan RM1 juta bagi produk Rendang Nyet pada malam ini.
Menurutnya, tambahan stok Rendang Nyet itu dijual dalam platform Shopee.
“Alhamdulillah kita berjaya buat RM1 juta jualan di Shopee malam ni untuk restock Rendang Nyet. Terima kasih semua,” katanya.
Menerusi video yang dimuat naik, KA dilihat teruja menunjukkan paparan jualan pada skrin laptop.
Sebelum ini, sebanyak 100,000 paket Rendang Nyet Berapi berjaya dijual sempena pelancaran produk itu. Ia dijual dalam dua pusingan.
Jualan pertama berjaya meraih jualan RM1.2 juta dalam masa hanya 30 saat, dengan 70,000 paket terjual.
Manakala, jualan kedua yang hanya berlangsung selama 48 saat itu memperlihatkan 30,000 paket produk berkenaan habis terjual. Sebanyak RM1.8 juta berjaya diraih ketika itu.
Sumber: Khairul Aming