Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sambutan Hari Kebangsaan 2025: Tema, Raptai, Atur Cara, Kemudahan & Aktiviti

Iqbal Yasir
hari kebangsaan 2025 tema raptai aktiviti atur cara
Gambar: Bernama

Sambutan Hari Kebangsaan 2025: Tema, Raptai, Atur Cara, Kemudahan & Aktiviti

Sambutan Hari Kebangsaan merupakan acara tahunan yang diadakan bersempena memperingati sejarah kemerdekaan negara, pembentukan dan pencapaian Malaysia.

Tahun ini, Sambutan Hari Kebangsaan 2025 bakal menyajikan pelbagai pengisian menarik menanti pengunjung dalam menyemarakkan semangat patriotik.

Seperti tahun lalu, Dataran Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi untuk Sambutan Hari Kebangsaan 2025 bagi peringkat kebangsaan yang bertemakan ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’.

Bertepatan dengan sambutan yang bakal diraikan kurang lagi dua minggu, SK kongsikan butiran mengenai raptai, atur cara dan aktiviti menarik yang bakal berlangsung sepanjang sambutan ini di bawah.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025

Maksud Tema Hari Kebangsaan 2025

Perkataan “Malaysia MADANI” melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran, dan perpaduan masyarakat.

Manakala “Rakyat Disantuni” pula menyentuh menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama.

Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme, sebuah lagu berjudul Malaysia Madani Rakyat Disantuni yang dihasilkan oleh Affan Mazlan (Komposer & Penulis Lirik) yang dinyanyikan oleh Biduanita Negara, Dato’Siti Nurhaliza.

Lagu ini merupakan hasil terbitan Orkestra RTM.

Raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025

Sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan berlangsung selama tiga hari dari 27 Ogos hingga 29 Ogos 2025.

Pada 29 Ogos, raptai penuh akan dilakukan bermula jam 6.30 pagi sehingga jam 12.00 tengah hari.

hari kebangsaan 2025 tema raptai aktiviti

Atur Cara Sambutan Hari Kebangsaan 2025

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 bakal diadakan di Dataran Putrajaya pada tanggal 31 Ogos 2025. Berikut atur cara majlis;

7.00 pagi: Ketibaan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025

7.10 pagi: Ketibaan YB Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025

7.15 pagi: Ketibaan Dif-dif Kehormat

7.40 pagi: Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri II dan isteri

7.45 pagi: Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri I dan isteri

7.50 pagi: Ketibaan YAB Perdana Menteri dan isteri

8.00 pagi: Keberangkatan Tiba KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

  • Hormat Diraja “Negaraku” oleh Kawalan Kehormatan Utama (KKU)

  • Lintas hormat Unit Helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

  • Pemeriksaan KKU oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan

  • Hormat Diraja “Negaraku” oleh KKU

  • Upacara menaikkan Jalur Gemilang (Tembakan meriam 14 das)

  • Bacaan Ikrar Rukun Negara

  • Perbarisan Kontinjen dan Perarakan Aset

  • Persembahan Lintas Udara

  • Persembahan Khas MADANI

10.00 pagi: Keberangkatan Balik KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

  • YAB Perdana Menteri dan isteri meninggalkan majlis

  • YAB Timbalan-Timbalan Perdana Menteri dan isteri meninggalkan majlis

  • Dif-dif Kehormat meninggalkan majlis

  • Majlis bersurai

Layout Majlis Sambutan

Kemudahan Yang Disediakan

Terdapat pelbagai kemudahan disediakan kepada pengunjung melibatkan kemudahan Orang Awam, Lot Parkir, Pengangkutan Awam dan Perkhidmatan Teksi Air.

Inisiatif ini bagi memastikan kelancaran sepanjang majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2025 berlangsung.

Kemudahan Orang Awam & Lot Parkir

hari kebangsaan 2025 tema raptai aktiviti

Kemudahan Pengangkutan Awam & Perkhidmatan Teksi Air

Aktiviti-Aktiviti Menarik

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung pada bulan kemerdekaan ini antaranya;

hari kebangsaan 2025 tema raptai aktiviti

Jadi, jom ramai-ramai hadir memeriahkan lagi serta sama-sama merasai sambutan Hari kemerdekaan kali ini.

Untuk maklumat lanjut dan terkini boleh layari laman web rasmi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) di pautan https://www.penerangan.gov.my/

BACA JUGA: ‘Anak Merdeka Malaysia’ Diperkenal, Khas Untuk Individu Lahir 31 Ogos & 16 Sept

BACA JUGA: Makna Tema & Logo Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025