Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
makanan air fryer
Gambar: AI/ChatGPT

10 Makanan Patut Elak Dimasak Dengan Air Fryer

Nur Erizsha

10 Makanan Patut Elak Dimasak Dengan Air Fryer

Air fryer kini menjadi antara alatan dapur kegemaran ramai kerana fungsinya yang praktikal. Mana tidaknya, bahkan tanpa minyak masak, makanan boleh menjadi rangup dan keemasan, seolah-olah digoreng.

Namun begitu, ramai tidak tahu bahawa ada makanan yang tidak sesuai dimasak menggunakan air fryer. Malah, ada yang boleh menjejaskan hasil masakan atau mendatangkan risiko keselamatan.

Berikut ialah 10 jenis makanan yang sebaiknya dielakkan daripada dimasak dengan air fryer.

1. Adunan basah

Adunan basah seperti tempura atau ikan yang bersalut akan menitis keluar sebelum sempat menjadi rangup. Ini menyebabkan tiga masalah utama:

  • Mengalir dan berkumpul di dasar bakul

  • Masakan berminyak dan tidak sekata

  • Menghasilkan asap berlebihan

2. Sayuran berdaun lembut

Sayuran berdaun tidak sesuai dimasak dalam air fryer.

Ini kerana, aliran udara yang kuat akan meniupnya berterbangan dalam bakul, lalu melekat pada elemen pemanas, mudah hangus atau masak tidak sekata.

3. Biji jagung untuk popcorn

Jika anda teringin memasak bertih jagung, elakkan menggunakan air fryer kerana kebanyakan air fryer tidak cukup panas untuk membuat biji jagung mengembang dengan sempurna.

Malah, biji jagung yang terlepas boleh masuk ke elemen pemanas, sekali gus meningkatkan risiko asap, kerosakan atau kebakaran.

4. Kuih-muih dibakar

Pencuci mulut seperti kek, pai, mufin atau cupcake tidak sesuai dimasak dalam air fryer.

Haba tinggi dan aliran udara pantas menyebabkan bahagian luar cepat hangus sebelum bahagian dalam sempat masak.

Selain itu, cara pemanasan dari atas dan ruang yang terhad membuatkan hasilnya retak, kering atau tidak sekata.

5. Roti bakar atau hirisan roti

Roti yang nipis tidak sesuai dimasak dalam air fryer kerana angin panasnya terlalu kuat.

6. Cecair, sup dan stew berkuah

Sama seperti adunan basah, sup, stew atau makanan berkuah juga tidak sesuai dimasak menggunakan air fryer.

Apabila dipanaskan, ia boleh terpercik atau tersejat dengan cepat sehingga menghasilkan wap berlebihan yang mengganggu kipas dan elemen pemanas.

Ini boleh mengakibatkan dapur bersepah atau risiko kerosakan elektrik.

7. Nasi, pasta dan biji kering

Nasi, pasta dan bijirin seperti quinoa atau farro memerlukan air mendidih untuk dimasak dengan sempurna dan tidak boleh dilakukan oleh air fryer.

Tanpa kelembapan yang cukup, makanan ini akan kekal mentah dan keras. Lebih membahayakan, bijirin ringan juga boleh terbang dalam bekas dan menimbulkan kekotoran.

8. Keju tanpa salutan

Keju tanpa salutan seperti mozzarella, brie atau cheddar tidak sesuai dimasak dalam air fryer. Ini kerana ia cair dengan cepat lalu meleleh keluar dari bekas, menyebabkan kerak hangus yang sukar dibersihkan.

9. Potongan besar daging bertulang

Elakkan memanggang ayam seekor atau daging lembu bertulang besar dalam air fryer.

Saiznya akan menyekat aliran udara panas, lalu menyebabkan bahagian luar kering sementara bahagian dalam masih mentah.

10. Makanan yang terlalu berminyak

Makanan berminyak seperti baccon boleh mengeluarkan lemak yang akan berkumpul di dasar bekas air fryer anda.

Ini bukan sahaja menghasilkan asap, malah boleh menyebabkan kebakaran. Lebih-lebih lagi, percikan minyak juga boleh terkena pada elemen pemanas dan merosakkan air fryer.

BACA: Bukan Sekadar Hiasan, Ini Sebab Sebenar Bakul Dobi Ada Lubang

BACA: 8 Benda Yang Anda Tak Patut Bersihkan Guna Air

BACA: Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon

Sumber: Mental Floss