Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bersihkan guna lemon
Gambar: ImageFX

Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon

Nur Erizsha

Ketahui 12 Benda Yang Boleh Dibersihkan Guna Lemon

Dalam kehidupan seharian, menjaga kebersihan rumah amat penting untuk memastikan keselesaan dan kesihatan ahli keluarga.

Kebiasaannya, kita banyak bergantung kepada produk pembersih berasaskan bahan kimia untuk menanggalkan kotoran dan membasmi kuman.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa buah kuning ini juga mempunyai kegunaan yang sangat praktikal dalam kerja-kerja pembersihan.

Selain digunakan dalam masakan dan minuman, lemon juga berfungsi sebagai agen pencuci semula jadi yang mampu menghilangkan kotoran di rumah anda.

Papan pemotong kayu

Papan pemotong kayu perlu dibersihkan dengan betul sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan kebersihannya terjamin.

Caranya mudah, iaitu taburkan garam laut kasar di atas permukaannya dan gosok menggunakan separuh lemon dengan bahagian isi menghadap ke bawah.

Langkah ini penting untuk menanggalkan dan membersihkan kotoran terutamanya pada bahagian liang-liang halus di kayu.

Gril barbeku

Kaedah menggunakan lemon dan garam turut berkesan untuk membersihkan kotoran degil di atas permukaan gril barbeku.

Caranya ialah dengan menaburkan garam laut kasar pada permukaan gril dan gosokkan menggunakan lemon.

Asid dalam lemon dapat membantu melarutkan minyak degil, manakala garam berfungsi untuk menanggalkan sisa makanan yang melekat.

Kesan kotoran di kaunter dapur

Untuk membersihkan kesan degil di kaunter dapur, perahkan jus lemon ke atas kesan tersebut dan biarkan selama satu hingga dua minit.

Selepas itu, taburkan baking soda dan gosok permukaan kotoran menggunakan span atau berus yang sesuai.

Namun begitu, jus lemon tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana kandungan asidnya boleh merosakkan permukaan.

Singkirkan kesan mineral dalam periuk kopi

Lapisan putih yang terbentuk dalam periuk kopi atau cerek ialah kesan mineral air yang boleh menjejaskan rasa minuman.

Untuk membersihkannya, rebus beberapa hirisan lemon di dalam bekas tersebut, biarkan selama sejam dan bilas bersih.

Mencerahkan kain putih

Satu cawan jus lemon boleh ditambahkan ke dalam cucian pakaian putih untuk bertindak sebagai peluntur semula jadi.

Bagi kesan kekuningan di bawah lengan, sapu campuran lemon, baking soda, air dan biarkan selama 30 minit sebelum mencuci.

Membersihkan pengisar sisa makanan

Jika pengisar sisa makanan anda berbau, potongkan separuh lemon kepada beberapa bahagian kecil dan masukkan ke dalam alat tersebut.

Campurkan juga bersama sedikit baking soda atau sabun pencuci dan pusingkan dengan air yang mengalir selama satu hingga dua minit. Bau akan hilang serta-merta.

Menghilangkan bau busuk dalam peti sejuk

Jika peti sejuk anda mengeluarkan bau tidak menyenangkan, rendam bebola kapas dalam jus lemon dan letakkan di dalam mangkuk kecil dalam peti sejuk.

Sebagai tip tambahan, tukar bebola kapas anda setiap minggu untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Menghilangkan minyak pada periuk dan kuali

Lemon merupakan bahan semula jadi yang sangat membantu dalam mencuci periuk atau kuali yang berminyak.

Kandungan asid sitrik dalam lemon berfungsi untuk melarutkan minyak degil dan sisa makanan yang melekat, sekali gus menjadikan kerja mencuci lebih mudah dan cepat.

Untuk membersihkannya, perahkan jus lemon ke dalam periuk bersama sedikit sabun pencuci, kemudian gosok seperti biasa menggunakan span.

Kombinasi ini mampu menanggalkan lapisan minyak yang tebal tanpa perlu menggosok periuk anda dengan kuat.

Mengilatkan paip chrome dan loyang

Potong lemon dan gosok bahagian isi pada paip bilik air atau dapur yang diperbuat daripada chrome atau loyang untuk menghilangkan kesan kotoran dan mineral.

Selepas itu, keringkan segera dan elakkan menggunakan kaedah ini pada bahan selain chrome atau loyang.

Membersihkan dasar periuk tembaga

Jika diperhatikab, tembaga di rumah anda mudah menjadi hitam atau kehijauan selepas lama digunakan.

Untuk membersihkannya, gosok bahagian bawah periuk menggunakan lemon, bilas dan lap sehingga kering.

Menghilangkan sisa makanan melekat dalam ketuhar gelombang mikro

Campurkan dua sudu besar jus lemon dengan 3/4 cawan air dalam mangkuk tahan gelombang mikro untuk hilangkan sisa kotoran pada permukaan ketuhar.

Panaskan selama 3–4 minit sehingga mendidih, kemudian biarkan wap terperangkap selama 10 minit dan lap bahagian dalam ketuhar menggunakan kain lembap.

Mencuci cermin dan kaca

Gabungkan tiga sudu jus lemon dengan satu cawan air ke dalam botol semburan dalam kuantiti yang kecil kerana campuran ini tidak tahan lama.

Semburkan pada permukaan cermin atau kaca, kemudian lap menggunakan kain mikrofiber atau tisu dapur untuk hasil yang bersih dan berkilau.

BACA: Hati-Hati, Ini 10 Peralatan Elektrik Boleh Buat Bil Naik

BACA: Lapar Tengah Malam? Ini 7 Snek Kenyang, Berat Tak Naik

BACA: Tip: 8 Benda Anda Boleh Bersihkan Guna Garam

Sumber: Reader’s Digest