Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

2 Jenama Tempatan, 1 Semangat: Julie’s Dan Tudungpeople Tampilkan Semangat Malaysia Dengan Barangan Koleksi Terhad

Amira

2 Jenama Tempatan, 1 Semangat: Julie’s Dan Tudungpeople Tampilkan Semangat Malaysia Dengan Barangan Koleksi Terhad

Kuala Lumpur, 20 Ogos 2025 – Bersempena Hari Kebangsaan ini, Julie’s telah berkolaborasi dengan jenama skarf tempatan, TudungPeople, untuk melancarkan sebuah projek kreatif yang meraikan perpaduan dan warisan Malaysia.

Kolaborasi antara dua jenama tempatan ini telah melahirkan sebuah alas meja edisi khas yang dinamakan Rasa Sayang, bertujuan untuk membawa sentuhan Malaysia ke setiap rumah. Alas meja ini boleh didapati secara percuma mulai 1 Ogos sehingga 16 September dengan pembelian mana-mana dua pek Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s 360g dan/atau Biskut Sandwich Keju Julie’s 336g dalam satu resit.

Dengan mengambil kira nilai estetik dan praktikalnya, reka bentuk alas meja ini menggabungkan elemen biskut ikonik Julie’s dengan motif bunga khas dari TudungPeople.

Alas meja Rasa Sayang ini bukan sahaja bergaya, malah berfungsi dan sesuai digunakan untuk waktu makan harian, majlis makan bersama keluarga dan rakan atau sekadar hiasan rumah yang menampilkan kebanggaan dengan Malaysia.

Alas meja edisi terhad ini boleh ditebus dengan pembelian di kedai cawangan Aeon, Lotus, dan Mydin di Semenanjung Malaysia, sementara stok masih ada.

“Kami di Julie’s percaya dalam kekuatan elemen perpaduan. Sempena Hari Kebangsaan ini, kami berbangga untuk berganding bahu dengan TudungPeople demi merealisasikan kekuatan ini.

“Kolaborasi ini telah menyatukan dua jenama tempatan yang disayangi ramai dalam satu usaha rentas-industri yang meraikan perpaduan, kreativiti dan kebanggaan budaya Malaysia.

“Hasil kolaborasi ini ialah sebuah alas meja edisi terhad yang bermakna. Ia bukan sahaja sedap dipandang, tetapi juga boleh digunakan sebagai simbol identiti kita bersama. Kami berharap kolaborasi ini dapat menginspirasi rakyat Malaysia untuk menzahirkan Semangat Malaysia dengan cara mereka tersendiri,” kata Tzy Horng Sai, Pengarah Julie’s Biscuits.

Sebagai tambahan, kolaborasi ini turut menampilkan sehelai pelekat-pelekat lukisan tangan eksklusif yang direka khas untuk pembelian atas talian. Setiap helaian ini dihiasi dengan pelbagai elemen ikonik yang mencerminkan identiti Malaysia, termasuk imej seperti nasi lemak, kebaya, dan Menara Berkembar Petronas.

Setiap pelekat juga direka dengan elemen biskut Julie’s dan motif bunga ikonik dari TudungPeople. Pelekat kreatif ini boleh digunakan untuk menghias buku nota, komputer riba atau sarung telefon dan merupakan cara yang menyeronokkan untuk menzahirkan rasa bangga terhadap Malaysia.

Pelanggan Julie’s boleh menebus sehelai pelekat secara percuma dengan pembelian atas talian mana-mana Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s dan/atau Biskut Sandwich Keju Julie’s di kedai rasmi Shopee atau Lazada Julie’s, tanpa sebarang perbelanjaan minimum.

“Kolaborasi ini meraikan kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada gabungan pelbagai kisah hidup yang indah, cita rasa, dan kenangan yang menggembirakan. Peluang bekerjasama dengan sebuah jenama yang orang ramai membesar bersama seperti Julie’s Biscuits terasa begitu sempurna kerana rekaan bersama kami dapat membangkitkan rasa perpaduan dan nostalgia,” kata Fazrena Aziz, Pengasas TudungPeople.

“Sempena kolaborasi ini, kami juga ingin memperkenalkan koleksi Skarf Flavours baharu kami yang menampilkan 11 corak nostalgia yang boleh didapati mulai 6 Ogos 2025. Ia dihasilkan sebagai penghormatan kepada warisan dan identiti kita sebagai rakyat Malaysia dan diinspirasikan daripada reka bentuk ikonik Julie’s yang ceria dan berani.”

Kempen Hari Kebangsaan ini turut menampilkan snek kegemaran ramai rakyat Malaysia sejak kecil iaitu Biskut Sandwic ikonik Julie’s. Digemari pelbagai generasi, Biskut Sandwic Mentega Kacang Julie’s merupakan snek nostalgik yang menggabungkan mentega kacang yang kaya dan berkrim dengan biskut keemasan yang cukup rangup.

Biskut Sandwic Keju Julie’s pula diperbuat daripada krim keju yang menggabungkan rasa manis dan masin yang lengkap diapit dengan biskut emas ikonik Julie’s.

Jangan lepaskan peluang ini untuk meraikan semangat Malaysia anda sambil menebus alas meja dan pelekat edisi terhad ini yang dihasilkan oleh dua jenama tempatan terkenal di Malaysia.

Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang promosi, peraduan dan aktiviti Julie’s, kunjungi laman web kami atau ikuti kami di Facebook dan Instagram rasmi Julie’s.