Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Harga Diesel Di Semenanjung Turun 5 Sen Seliter
Seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia, Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter.
Justeru, harga diesel ditetapkan pada RM2.85 seliter dan berkuat kuasa mulai 21 Ogos 2025 hingga 27 Ogos 2025.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” jelas Kementerian Kewangan.
Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan melalui formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit bagi tempoh 21 Ogos 2025 hingga 27 Ogos 2025 adalah seperti berikut:
(i) harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.13 seliter;
(ii) harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
( iii) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM2.85 seliter; dan
(iv) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” tambah Kementerian Kewangan.

BACA: MyDigital ID: MyJPJ & MyBayar PDRM Bakal Guna Kaedah Single Login
Sumber: Kementerian Kewangan