Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Raptai Hari Kebangsaan: 14 Jalan Di Sekitar Putrajaya Ditutup Mulai 26 Ogos
PUTRAJAYA — Sebanyak 14 jalan utama sekitar Putrajaya bakal ditutup selama enam jam setiap hari bermula 26 Ogos ini, bagi memberi laluan kepada sesi raptai Sambutan Hari Kebangsaaan yang diadakan di Putrajaya.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Marsus, penutupan jalan semasa raptai bermula 26 Ogos hingga 29 Ogos dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari melibatkan jalan berikut;
“Antara jalan yang terlibat ialah Lebuh Wawasan/Persiaran Perdana, Jalan Tun Abdul Razak/Lebuh Bestari, Jalan Tun Abdul Razak/JalanP2K, Jalan Tun Abdul Razak/Jalan Pembangunan, Jalan Tun Abdul Razak/ Jalan P3C, Jalan Tun Abdul Razak/ Jalan P3F, Jalan Tun Abdul Razak/Jalan Kemerdekaan, Lebuh Setia/Jalan Perpaduan.
“Lebuh Saujana/ Persiaran Perdana, Lebuh Setia/Jalan Tun Hussien, Jalan Kemerdekaan/Jalan Tun Hussien, Lebuh Bestari/Jalan Tun Hussien dan Dataran Putra/Persiaran Perdana,” maklum kenyataan itu.

Sementara itu, pada 29 Ogos 2025, penutupan jalan dilakukan bermula seawal jam 10 malam melibatkan laluan-laluan ke Core Island.
Penutupan jalan ini melibatkan sebanyak 14 jalan utama yang akan ditutup sepenuhnya sehingga 31 Ogos ini.
“Antara jalan yang terlibat ialah Lingkaran Putrajaya/Jambatan Saujana, Lebuh Sentosa/Lebuh Wawasan, Trafik Light Lebuh Wawasan/ Jambatan Wawasan (Dari Arah P9), Susur Lebuh Sentosa/ Lebuh Wawasan (Dari Arah P. Utara), Trafik Light Lebuh Wawasan/ Jalan P8H,Bulatan Salahuddin/ Dataran Perdana, Trafik Light Lebuh Bestari/ Jalan Tun Hussien, Trafik Light Jalan Pembangunan/ Jalan Tun Hussien.
“Trafik Light Jalan Kemerdekaan- P18/ Jalan Tun Hussien, Trafik Light Lebuh Setia/ Jalan Tun Hussien, Trafik Light Lebuh Saujana/ Jalan Tun Hussien, Trafik Light Lingkaran Gemilang Satu/ Persiaran Perdana, Trafik Light Lebuh Gemilang/ Persiaran Perdana-Jambatan Gemilang dan Lebuh Sentosa/ Jambatan Saujana,” katanya dalam kenyataan itu.

Difahamkan, seramai 2,708 orang pegawai dan anggota PDRM yang akan bertugas bagi sambutan kali ini.
Beliau menasihatkan orang ramai untuk merancang perjalanan, tiba awal di tapak Sambutan Hari Kebangsaan selain dinasihatkan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu bas ulang-alik yang disediakan secara percuma dengan kekerapan masa 15 minit dari 3 lokasi berbeza.
“Perkhidmatan MRT Putrajaya Line bermula pada 30 Ogos jam 12.01 pagi sehingga 31 Ogos jam 12.00 malam dan Perkhidmatan Teksi Air yang disediakan pada 30 Ogos jam 8.00 malam sehingga 1.00 pagi (berbayar) manakala pada 31 Ogos jam 5.00 pagi sehingga 2.00 petang (secara percuma).
“Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak meletakkan kenderaan di kawasan larangan atau kawasan yang akan mengakibatkan ganguan kepada lalu lintas,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa PDRM turut melaksanakan Op Pencegahan Jenayah bersempena Sambutan Ambang Merdeka 2025. Op ini memberi tumpuan kepada pemantauan kawasan hotspot, lokasi tumpuan orang ramai serta usaha mencegah dan membanteras jenayah di sekitar ibu kota.
” Selain itu, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) akan menguruskan kawalan lalu lintas di beberapa lokasi tumpuan utama seperti Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang dan TRX yang akan menjadi tumpuan orang ramai pada malam tersebut Kawalan keselamatan,” maklumnya lagi.
Sumber: Polis KL