Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

‘Trik’ Mudah Tutup Lubang Angin Rumah Lama Tanpa Perlu Guna Simen
Rumah kampung di Malaysia memang terkenal dengan seni bina yang unik.
Walaupun reka bentuknya ringkas, setiap bahagian mempunyai fungsi tersendiri yang memberi manfaat kepada penghuninya.
Salah satu ciri yang biasa kita lihat ialah lubang angin dengan corak berlubang di bahagian atas tingkap atau dinding.
Pada zaman dahulu, lubang ini berfungsi sebagai sistem pengudaraan semula jadi bagi memastikan rumah sentiasa sejuk dan selesa.
Tapi, keadaan sekarang berubah sebab lubang angin menjadi punca habuk, serangga dan air hujan masuk ke rumah dengan mudah.
Bukan itu saja, ini juga boleh jadi pembaziran tenaga bagi rumah yang mempunyai penghawa dingin.
Akibatnya, ramai pemilik rumah lama mencari cara untuk menutupnya.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok, @bellazray, berkongsi idea mudah menutup lubang angin hanya menggunakan PVC Roof Polycarbonate sheet transparent. Ia adalah sejenis plastik kukuh yang lutsinar.
Kaedah ini menarik perhatian ramai kerana:
Praktikal & murah – boleh dilakukan sendiri tanpa upah tukang.
Ringkas – tidak memerlukan kerja berat seperti simen.
Tahan lama – tahan sehingga 10 tahun.
Tidak mudah pecah dan tidak mudah menjadi kuning.
Tahan panas serta melindungi daripada sinaran UV.
Ringan tetapi kukuh, sesuai untuk jangka masa panjang.
Memberi kesan seperti kaca ‘frost’ apabila dilihat dari jauh.
Menurut @bellazray, idea ini tercetus selepas ibunya memasang penghawa dingin.
Lubang angin perlu ditutup bagi mengelakkan udara sejuk keluar, tetapi pada masa sama mahu mengekalkan pencahayaan semula jadi.
Menurutnya, kaedah ini merupakan penyelesaian paling mudah berbanding menutup lubang angin dengan simen.
“Kalau nak guna simen, kena sediakan simen, pasir dan dua cat warna berbeza sebab warna luar rumah tak sama dengan dalam,” jelasnya.
Difahamkan, penggunaan simen bukan sahaja memerlukan kos tambahan, malah memerlukan banyak kerja dan tenaga.
Ini kerana, korang perlu mengalihkan atau menutup perabot terlebih dahulu bagi mengelakkan terkena percikan simen.
Selepas itu, korang juga perlu menunggu simen kering sepenuhnya sebelum proses mengecat semula dilakukan.
Oleh itu, penggunaan polycarbonate sheet ini dilihat menjadi pilihan terbaik untuk anda yang ingin menutup lubang angin tanpa berbelanja besar.
Nak tahu cara DIY penutup lubang angin ni tanpa simen? Korang tengok video ni sampai habis.
Perkongsian tersebut berjaya mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata memuji perkongsian idea itu.
“Kreatiflah bagus idea ni. Saya dulu tak terfikir nak buat macam ni. Saya sumbat kertas je”.
“Polycarbonate murah dan ‘function’. Rumah tak jadi gelap. Kalau tutup terus lubang rumah jadi suram”
“Bagus idea ni. Penting tertutup rapat kalau ada aircond. Lagi satu tak ada nyamuk dan binatang lain masuk”
“Saya suka cara macam ni sebab kekalkan rupa original and still ada cahaya masuk. Tak jejaskan rupa asal dia. Nice job sis“.
BACA: TNB Dedah ‘Trik’ Jimat Elektrik Di Rumah
BACA: Ketahui Sebab Tali Pinggang Kru Kabin Berbeza Dengan Penumpang
BACA: Peralatan Rumah Yang ‘Makan’ Banyak Tenaga Elektrik
Sumber: @bellazray/TikTok