Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Blood Brothers Kini Nombor 1 Di Netflix Dalam Kategori “Non-English”

Sofea
blood brothers nombor 1

Blood Brothers Kini Nombor 1 Di Netflix Dalam Kategori “Non-English”

Filem Blood Brothers: Bara Naga mencetuskan fenomena yang tersendiri apabila kini berada di kedudukan pertama dalam kategori bukan Bahasa Inggeris di Netflix.

Perkara terbabit dimaklumkan oleh Netflix dalam satu perkongsian di media sosial pada Khamis.

“#BloodBrothersBaraNaga adalah filem nombor 1 minggu ini dalam kategori bukan Bahasa Inggeris, di seluruh dunia. Bagi tepukan sikit,” kata Netflix.

Filem itu mula ditayangkan di platform pentsriman terbabit pada 10 Ogos lalu.

Sebelum itu, ia menjadi salah satu filem pecah panggung apabila berjaya mendapat kutipan sebanyak RM70 juta sejak ditayangkan di pawagam pada April lalu.

Rekod ini menjadikan Blood Brothers: Bara Naga antara filem tempatan dengan capaian tayangan paling meluas dan menerima sambutan yang luar biasa.

Difahamkan, antara negeri yang mencatatkan jumlah tontonan tertinggi ialah Selangor, Johor, Kedah, Pahang dan Terengganu.

Filem yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle dan Shukri Yahaya ini mengisahkan tentang perjalanan Ariff (Syafiq Kyle), yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk berkhidmat di bawah naungan Dato Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga merangkap sebagai ketua Mafia Naga.

BACA JUGA: Blood Brothers: Bara Naga Cecah Kutipan RM62 Juta Dalam 20 Hari Tayangan

Sejak itu, Ariff mengangkat bai’ah setia sebagai pengawal peribadi elit dalam syarikat kawalan keselamatan dipanggil Silent Guard, sekali gus terikat sebagai Blood Brother kepada Ghaz.

Namun, ketika sebuah pengkhianatan dahsyat menggoncang dunia mereka, Ariff tiba-tiba dituduh sebagai pembelot dan dijadikan suspek utama. Dalam keadaan terdesak untuk membersihkan namanya, Ariff terpaksa melarikan diri dan mendapatkan bantuan daripada abang kandungnya yang sudah lama terpisah, Jaki (Syazwan Zulkifly).

Sementara itu, Ghaz diamanatkan untuk memburu dan menangkap Ariff lantas menyerahkannya kepada pengadilan keluarga Naga yang dahagakan balas dendam.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pergolakan yang berlaku di dalam filem ini, anda boleh menontonnya di Netflix.

Sementara itu, Blood Brothers juga akan ditayangkan di Vietnam pada 22 Ogos depan. Terdahulu, ia telah ditayangkan di Indonesia, Thailand dan Kemboja.

Sumber: Netflix