Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sebab Sebenar Huruf “n” Pada Logo 7-Eleven Ditulis Dengan Huruf Kecil
7-Eleven merupakan antara rangkaian kedai serbaneka paling popular di Malaysia dan menjadi pilihan ramai kerana mudah diakses pada bila-bila masa.
Kedai ini menawarkan pelbagai produk harian seperti makanan, minuman dan keperluan asas.
Selain itu, konsep operasi 24 jam yang diamalkan menjadikannya sangat praktikal bagi pelanggan yang mahu membeli-belah pada waktu malam atau kecemasan.
Namun, satu perkara yang sering menarik perhatian ramai adalah reka bentuk logonya.
Jika diperhatikan, tulisan pada logo tersebut menggunakan huruf besar “ELEVEn”, kecuali huruf terakhir “n” yang ditulis dengan huruf kecil. Persoalannya, mengapa begitu?
Pada tahun 1927, sebuah syarikat bernama Southland Ice Co. di Dallas, Amerika Syarikat mula menawarkan barangan harian kepada pelanggan di pelantar ais mereka.
Menjelang tahun 1950-an, syarikat ini mula berkembang ke negeri Florida, Maryland, Virginia dan Pennsylvania dengan jenama baharu 7-Eleven.
Difahamkan, nama ini diambil sempena waktu operasi mereka pada ketika itu, iaitu 7 pagi hingga 11 malam.
Namun, pada tahun 1963, seorang pemilik francais di Austin, Texas mencuba untuk beroperasi selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Difahamkan, konsep tersebut mendapat sambutan yang baik dan hampir semua cawangan 7-Eleven beroperasi sepanjang masa hingga kini.
Menariknya, pihak syarikat masih mengekalkan nama dan logo 7-Eleven walaupun waktu operasi berubah-ubah.
Menurut Pakar Pemasaran, penggunaan nombor bercampur dengan ejaan penuh adalah strategi pemasaran.
Pendekatan ini menjadikan logo lebih unik dan mudah diingati berbanding jika semuanya ditulis dalam bentuk nombor atau semuanya dieja penuh.
Selain itu, ia juga mengelakkan kekeliruan apabila orang akan memahami bahawa “11” itu bermaksud eleven (sebelas), bukannya nombor satu-satu (1-1).
Satu lagi ciri menarik pada logo 7-Eleven ini yang menjadi perhatian ramai adalah huruf terakhir “n” ditulis dengan huruf kecil. Berbeza dengan huruf lain, semuanya ditulis dalam huruf besar.
Menurut laporan, penetapan logo dalam bentuk “ELEVEn” ini sebenarnya dibuat secara sengaja tanpa sebab tertentu.
Ini kerana isteri kepada presiden syarikat ketika itu merasakan tulisan “ELEVEN” dalam huruf besar sepenuhnya kelihatan terlalu ‘keras’.
Oleh itu, huruf “n” diubah kepada huruf kecil untuk memberi kesan lebih mesra dan lembut.
BACA: Lenggong Saksi Letusan Gunung Berapi Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Moden
BACA: Satu-Satunya Bendera Negara Tanpa Warna Merah, Putih Atau Biru
BACA: Rupanya Ini Fungsi Lubang Kecil Pada Sinki
Sumber: Reader’s Digest