Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Tular Detik-Detik Kemalangan Disyaki Pesawat Pejuang TUDM

Sofea
pesawat pejuang tudm

Tular Detik-Detik Kemalangan Disyaki Pesawat Pejuang TUDM

Negara malam ini digemparkan dengan kejadian kemalangan melibatkan pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

TUDM mengesahkan kejadian itu berlaku pada 9.05 malam di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Berikutan itu juga, tular satu video yang memaparkan detik-detik disyaki ketika kemalangan itu berlaku.

Menerusi video itu, dapat dilihat sebuah pesawat sedang berlepas dari landasan sebelum ia terbakar.

Bagaimanapun, video tersebut belum disahkan oleh TUDM dan pihak berkuasa.

BACA JUGA: TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Terlibat Kemalangan

Dalam satu lagi video lain, penduduk berdekatan lokasi kejadian juga sempat merakam detik-detik ketika pesawat itu terbakar.

TUDM dalam satu kenyataan berkata tindakan segera sedang diambil berhubung insiden tersebut dan perkembangan terkini akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Susulan itu, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang mengesahkan bahawa juruterbang dan pembantu juruterbang selamat dalam kejadian terbabit.

Sumber: WestSteak Station,Bernama