Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri Malam Ini – MetMalaysia

Sofea
amaran hujan lebat
Kredit: Bernama

Amaran Hujan Lebat Di 8 Negeri Malam Ini – MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di lapan negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menurut kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata hujan lebat dijangka melanda seluruh negeri Perlis dan Kelantan.

Di Kedah pula, hujan lebat akan berlaku di daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak, daerah yang terlibat ialah Larut, Matang Dan Selama.

Beralih ke Terengganu, ia melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Selain itu, hujan juga akan melanda daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Kuantan, Bera dan Rompin di Pahang.

Bagi negeri Sarawak, Sri Aman, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Beluru) dan Limbang dijangka terlibat.

BACA: Cuaca Panas: Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta

Sementara itu di Sabah melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang dan Nabawan) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber: Malaysian Meteorological Department