Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
jalan utama putrajaya
Kredit: Bernama

Jalan Utama Putrajaya Ditutup Sempena Sambutan Hari Kebangsaan

Sofea

Jalan Utama Putrajaya Ditutup Sempena Sambutan Hari Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Jalan raya di sekitar kawasan ‘core island’ Putrajaya akan ditutup kepada kenderaan persendirian mulai 6 petang 29 Ogos sehingga tamat perbarisan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata penutupan itu bagi membolehkan persiapan terakhir dilakukan untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang akan berlangsung di Dataran Putrajaya.

Beliau berkata raptai penuh sambutan yang akan diadakan pada 27 hingga 29 Ogos bermula 6 pagi hingga 11 pagi turut melibatkan penutupan jalan sepanjang sesi raptai dijalankan.

“Bagi mereka yang mempunyai urusan di kawasan Putrajaya khasnya di kawasan terbabit diingatkan untuk merancang perjalanan dengan baik,” katanya pada majlis peluncuran Kempen Denyut Nadi Merdeka anjuran Prasarana Malaysia Bhd sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Amir Hamdan.

Fahmi, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025, berkata persediaan sambutan berjalan lancar dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk pelajar sekolah yang terlibat dalam pembentukan grafik manusia serta latihan kontinjen perbarisan.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk memeriahkan sambutan pada 31 Ogos dan mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kebanggaan terhadap negara.

“Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan turut serta dalam pelbagai program sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan sepanjang Ogos ini sehingga ke sambutan Hari Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Amir berkata perkhidmatan rel Rapid KL, Bus Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway, beberapa laluan bas serta zon Rapid KL On-Demand (ROD) terpilih akan beroperasi tanpa henti bermula 6 pagi 30 Ogos hingga 11.30 malam 31 Ogos ini bagi memastikan kelancaran pergerakan orang ramai.

Beliau berkata bagi perkhidmatan bas tambahan pula, 86 laluan melibatkan 235 unit bas akan beroperasi pada malam Ambang Merdeka manakala pada Hari Kebangsaan, jumlahnya ditingkatkan kepada 100 laluan dengan 308 unit bas bagi menampung keperluan orang ramai.

Bagi perkhidmatan ROD, Amir berkata 20 unit van disediakan merangkumi lima zon dari Stesen Putrajaya Sentral serta satu zon di Daerah Pusat Perniagaan dan tempahan boleh dibuat melalui aplikasi MyRapid PULSE dengan kadar bayaran RM1.

“Dengan lebih 5,000 kakitangan barisan hadapan, kami yakin perkhidmatan tahun ini lebih lancar dan selamat… kami berharap rakyat Malaysia dapat memanfaatkan kemudahan ini serta hadir beramai-ramai menghayati semangat kemerdekaan,” katanya.

Sumber: Bernama