Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
7 Perkara Penting Sebelum Anda Bercuti ke China
Gambar AI
Tiada Kategori

7 Perkara, Tip Penting Sebelum Anda Bercuti Ke China

suhaila

7 Perkara Penting Perlu Anda Tahu Sebelum Bercuti ke China

China kini semakin menjadi pilihan pelancong Malaysia yang ingin merasai pengalaman bercuti di negara penuh kontras iaitu dari bandar moden yang dipenuhi pencakar langit berteknologi tinggi sehinggalah ke perkampungan tradisional yang sarat dengan sejarah ribuan tahun.

Bayangkan anda berjalan di tengah kota Shanghai dengan suasana futuristik, kemudian sehari selepas itu berdiri di atas Tembok Besar China yang menjadi salah satu keajaiban dunia.

Memang luar biasa. Namun, di sebalik tarikan hebat yang ditawarkan, travel ke China tidak sama seperti melancong ke negara lain.

Ada perkara-perkara unik yang wajib anda tahu kerana jika terlepas pandang, perjalanan boleh bertukar menjadi agak mencabar.

Ramai pelancong pertama kali ke sana mengakui mereka sedikit culture shock dengan perbezaan gaya hidup, sistem pembayaran, sekatan internet malah perkara kecil seperti penggunaan tandas awam yang tidak sama dengan apa yang kita biasa di Malaysia.

Sebab itulah sangat penting untuk anda ambil tahu beberapa tip asas sebelum terbang ke China. Bukan saja untuk elakkan masalah tetapi juga untuk memastikan anda boleh menikmati setiap momen perjalanan tanpa stres.

Jadi, kalau anda sedang merancang percutian ke sana, inilah 7 perkara penting yang korang wajib tahu sebelum bercuti ke China.

1. Aktifkan roaming supaya aplikasi tak terkunci

Salah satu cabaran utama yang sering mengejutkan pelancong ke China ialah Great Firewall of China. Iaitu sistem sekatan internet yang sangat ketat.

Hampir semua aplikasi popular seperti WhatsApp, Instagram, TikTok versi antarabangsa, Facebook, dan juga Google tidak boleh diakses secara bebas.

Bayangkan anda baru sampai dan mahu hubungi keluarga, tetapi tiba-tiba mesej WhatsApp tak boleh dihantar. Memang boleh panik seketika. Jalan paling mudah ialah dengan mengaktifkan roaming talian Malaysia sebelum terbang.

Walaupun caj roaming mungkin sedikit lebih tinggi tetapi ia membolehkan anda menggunakan semua aplikasi kegemaran macam biasa tanpa perlu risau sekatan.

Dengan cara ini, anda masih boleh membalas mesej WhatsApp, menyemak emel kerja atau sekadar berkongsi momen travel di Instagram Stories dengan tenang seolah-olah anda masih berada di tanah air.

Ini Rahsia Bercuti ke China Tanpa Stress

2. Guna E-Wallet untuk pembayaran

Kalau di Malaysia kita masih biasa membayar dengan wang tunai atau kad debit. Di China hampir semua urusan kewangan bergantung sepenuhnya pada aplikasi pembayaran digital.

Dari kedai runcit kecil, peniaga jalanan sehinggalah restoran dan pusat beli-belah mewah, semuanyaa lebih selesa menerima pembayaran melalui kod QR.

Aplikasi paling popular ialah AliPay dan WeChat Pay. Bagi pelancong Malaysia, cara paling mudah ialah dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet,

Touch ‘n Go eWallet kini boleh dihubungkan dengan sistem QR di China. Jadi, anda tak perlu risau kalau ada baki duit kertas yang tak diterima atau kad kredit antarabangsa yang tiba-tiba tak boleh diproses.

Cukup hanya dengan buka aplikasi, imbas QR dan transaksi selesai. Tip ini bukan sahaja memudahkan malah lebih selamat kerana anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak sepanjang perjalanan.

3. Bawa portable bidet

Selain itu, perkara kecil kadang-kadang boleh beri impak besar pada keselesaan perjalanan. Ramai pelancong terutamanya dari Asia Tenggara agak terkejut apabila mendapati tandas awam di China tidak menyediakan paip air seperti di Malaysia.

Kebanyakan tandas mereka hanya ada tisu dan itu pun kadang kala tiada. Bagi pelancong Muslim, perkara ini pastinya menimbulkan sedikit kesulitan.

Jadi, salah satu tip paling praktikal ialah membawa portable bidet atau botol kecil yang boleh diisi air dan mudah dibawa ke mana-mana.

Ia mungkin kedengaran remeh, tetapi percayalah yang ianya akan membuatkan perjalanan anda jauh lebih selesa. Ramai pelancong yang lupa membawa alat ini akhirnya terpaksa mencari alternatif di saat-saat terakhir yang pastinya tidak begitu menyenangkan.

4. Gunakan Google Kamera untuk terjemahan pantas

Bahasa juga merupakan cabaran besar bila melancong ke China. Walaupun di bandar besar seperti Beijing atau Shanghai ada sesetengah orang yang boleh berbahasa Inggeris, majoriti masyarakat tempatan hanya menggunakan Mandarin.

Menariknya menu makanan, papan tanda, maklumat di stesen kereta api malah harga barang di kedai kecil semuanya hanya dalam tulisan Cina. Untuk mengatasi masalah ini, gunakan aplikasi Google Translate dengan fungsi kamera.

Anda hanya perlu halakan kamera telefon pada teks dan aplikasi akan terus menterjemahkannya dalam masa nyata. Tip ini sangat membantu ketika anda nak pilih makanan di restoran, beli tiket di kaunter atau sekadar membaca arahan penting.

Walaupun kadang-kadang terjemahan tidak 100% tepat, ia sekurang-kurangnya memberi gambaran jelas agar anda tidak tersalah pilih atau tersesat jalan.

BACA : Rumah Mampu Milik Johor 2025: Kelayakan & Cara Mohon

5. Cari pilihan makanan halal lebih awal

Bagi pelancong Muslim, soal makanan halal pastinya menjadi perkara utama yang difikirkan sebelum melancong ke negara yang majoritinya bukan Islam.

Walaupun China mempunyai komuniti Muslim yang besar terutamanya di kawasan Xinjiang, Xi’an, Beijing dan Guangzhou, tidak semua tempat mudah untuk mencari makanan halal.

Sebaiknya, buat sedikit kajian lebih awal. Contohnya dengan menggunakan aplikasi HappyCow, semak Google Maps (melalui VPN atau roaming) atau sertai komuniti dalam talian seperti group Facebook yang khusus berkongsi pengalaman pelancong Muslim di China.

Ada juga restoran Muslim yang jelas memaparkan logo halal dalam tulisan Cina iaitu 清真 (Qīngzhēn).

Namun, sekiranya anda ragu-ragu pilihan paling selamat ialah menikmati makanan vegetarian atau makanan laut.

Dengan sedikit perancangan, anda boleh menikmati pelbagai sajian autentik China tanpa perlu risau tentang status halalnya.

6. Aplikasi wajib ada dalam telefon

Untuk memastikan perjalanan anda lebih mudah, ada beberapa aplikasi lain yang sangat disyorkan untuk dimuat turun sebelum tiba di China. Selain e-wallet dan Google Translate, Didi Chuxing ialah aplikasi penting kerana ia merupakan versi Grab di China.

Ia membolehkan anda menempah teksi dengan mudah tanpa perlu bergantung pada pemandu yang mungkin tidak fasih berbahasa Inggeris.

Untuk navigasi, Baidu Map atau Gaode Map lebih sesuai berbanding Google Maps kerana aplikasi Google tidak berfungsi dengan baik di sana.

Jangan lupa juga untuk menyediakan VPN yang stabil jika anda tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada roaming.

Dengan VPN, anda masih boleh mengakses laman antarabangsa seperti YouTube, Gmail, dan media sosial kegemaran.

Kesemua aplikasi ini akan menjadi penyelamat sepanjang perjalanan. Jadi pastikan ia dipasang dan diuji lebih awal sebelum anda berlepas.

7. Sentiasa sedia dengan power adapter dan internet

Satu lagi tip penting ialah soal keperluan teknikal. Jangan lupa bahawa soket elektrik di China tidak sama dengan yang kita gunakan di Malaysia.

Jadi, pastikan anda membawa universal power adapter supaya semua peranti dapat dicas tanpa masalah. Bayangkan kalau telefon habis bateri sedangkan anda bergantung pada aplikasi e-wallet, peta dan terjemahan. Memang boleh huru-hara jadinya.

Dari segi internet pula, kalau anda tidak mahu menggunakan roaming, boleh beli SIM card tempatan atau menyewa portable WiFi sebelum berangkat.

Internet bukan sahaja penting untuk berhubung dengan keluarga malah ia juga keperluan asas untuk pembayaran digital dan navigasi harian.

Jangan ambil mudah perkara ini kerana ia boleh menentukan kelancaran keseluruhan perjalanan anda.

Oleh itu, melancong ke China sememangnya pengalaman yang membuka mata. Ia sebuah negara yang kaya dengan sejarah, unik dengan budaya dan pada masa sama sangat maju dengan teknologi.

Namun, untuk benar-benar menikmati semua ini, anda perlu bersedia dengan baik sebelum berangkat. Dengan persediaan yang rapi, anda bukan sahaja dapat mengelakkan stres malah boleh memberi lebih fokus untuk merasai keindahan Tembok Besar China, menikmati suasana bandar Shanghai yang moden atau menyelami sejarah lama di Xi’an.

SUmber : chinaodysseytours, chinahighlights

BACA : TV Cepat Rosak? Ini Rahsia Supaya Skrin Tahan Lama