Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Amaran Ribut Petir Di 5 Negeri – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 7 malam ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pahang, Selangor dan Sabah, serta keseluruhan negeri Perlis.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, manakala Pahang membabitkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran.
“Sementara itu, daerah yang terlibat di Selangor adalah Hulu Selangor, selain daerah Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan di Sabah,” maklum METMalaysia,” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Gempa Bumi Kuat Landa Timur Kepulauan Kuril
BACA: Gegaran Gempa Bumi Lemah Di Segamat, Kerajaan Johor Nasihat Elak Struktur Tidak Kukuh
BACA: Satu Lagi Gempa Bumi Lemah ‘Gegar’ Johor, Malaysia
Sumber: METMalaysia