Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sempena Hari Kebangsaan, Grab Malaysia melancarkan video muzik “Keranamu Malaysia” sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia yang membentuk dan memacu platform ini. Video ini menonjolkan inovasi, kerjasama, perpaduan dan ketabahan yang menjadi tunjang #GrabBersamaMalaysia.
Dilancarkan pada 24 Ogos, video ini menyerlahkan komitmen Grab terhadap teknologi inklusif dan berhemah, serta perkhidmatan seperti Family Account, Group Order, GrabMaps, dan rakan seinduk seperti GXBank dan Jaya Grocer, yang direka untuk memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia.
“‘Keranamu Malaysia’ menghargai rakyat Malaysia yang luar biasa, rakan-pemandu, rakan-penghantar, dan pasukan Grab yang membangunkan teknologi untuk semua,” kata Ko Li Ping, Ketua Pemasaran Grab Malaysia.
Selain video, Grab turut bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk mempromosikan pengalaman kulinari dan destinasi menarik, termasuk kempen Visit Malaysia 2026. Pelbagai tawaran eksklusif turut disediakan sepanjang musim Hari Kebangsaan.
Grab Malaysia juga akan menyertai Perarakan Hari Kebangsaan 2025 di Putrajaya, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuantan, dan Pulau Pinang, mengetengahkan insan-insan di sebalik kejayaan platform ini, serta menawarkan aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, barangan percuma, dan baucar eksklusif bagi penonton.