Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dua Minggu Gagal Dikesan, Wanita Dipercayai Hilang
Seorang wanita dikenali sebagai Rahmah Muhamad, 60, dipercayai hilang sejak dua minggu lalu selepas ke Kedah.
Kehilangan mangsa dimaklumkan anak saudaranya menerusi hantaran di Facebook Sofia Zaireen dan Shahrin Zikri.
“Assalamualaikum semua, ibu saudara saya tak dapat dijejak sejak 16 Ogos 2025. Semua laporan telah dibuat dan disusulkan kepada pihak polis & kes ini masih dalam siasatan. Mohon doa dari semua.
“Kami telah berusaha bermacam-macam cara. Setakat ini belum ada petunjuk positif,” kongsinya di platform media sosial berkenaan.
Difahamkan, mangsa kali terakhir berjaya dikesan adalah di Kangar, Perlis.
Sebelum ini, Rahmah ada memberitahu kepada keluarga ingin mengikuti Program Kemasyarakatan di Kedah sejak 13 Ogos lalu.
Bagaimanapun sehingga kini mangsa tidak dapat dihubungi termasuk aplikasi permesejan atas talian WhatsApp hanya dalam keadaan ‘satu tick’ sahaja.
Turut memaklumkan adalah seorang lagi anak saudara mangsa, Shahrin Zikri menerusi satu perkongsian video.
Sehubungan itu, Shahrin memohon orang ramai sekiranya terjumpa mangsa memaklumkan dan menghubungi di talian 013-6188306 (anak saudara) atau 016-6011159 (Kakak).
Sumber: Facebook Sofia Zaireen, Shahrin Zikri