Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Bukan Di Stadium Merdeka, Ini Lokasi Pertama 7 Laungan ‘Merdeka’ Dilakukan
Bila tibanya bulan kemerdekaan, kita semua seharusnya menghayati semula sejarahnya agar dapat menghargai kebebasan yang dicapai hasil daripada perjuangan orang-orang terdahulu.
Justeru, SK kali ini ingin membawa anda kembali mengimbau sejarah pengisytiharan kemerdekaan, khususnya mengenai momen laungan ikonik yang dilakukan sebanyak tujuh kali oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
Seperti yang diketahui, kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan secara rasmi pada 31 Ogos 1957, tepat jam 9.30 pagi.
Berlangsung di Stadium Merdeka, ia telah disaksikan lebih 20,000 orang termasuklah Raja-Raja Melayu, tetamu-tetamu khas dari luar negara, anggota -anggota kabinet Kerajaan Persekutuan dan rakyat jelata.
Ketika ini juga, orang ramai dapat menyaksikan wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Tunku Abdul Rahman. Ia menandakan bahawa sudah berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu.
Upacara seterusnya diteruskan dengan laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali dan ia disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka.
Sebenarnya, ia telah dilaungkan buat kali pertama pada 20 Februari 1956 oleh Tunku Abdul Rahman sejurus tiba dari rundingan Perjanjian London.
Seramai 100,000 telah berkumpul di Padang Bandar Hilir, Melaka pada ketika itu dan menjadi saksi laungan merdeka tersebut.
Ketika itu, Tunku mengumumkan bahawa menurut Perjanjian Kemerdekaan yang ditandatangani pada 8 Februari 1956, Persekutuan Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan secara rasminya pada 31 Ogos 1957.
Kepulangan rombongan Tunku juga disambut dengan meriah. Mereka telah diarak dengan diiringi oleh sepasukan pemuda bermotosikal dan berpuluh-puluh buah kereta dari Lapangan Terbang Batu Berendam ke Padang Bandar Hilir.
Lebih menarik, Melaka dipilih sebagai tempat pengumuman keputusan rundingan Delegasi Kemerdekaan kerana ia merupakan tempat pertama negara dijajah.
Sumber: Arkib Negara (1) (2), Jabatan Pembangunan Wanita