Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Macam Tu Je Rupanya, Guru Ajar Lukis Bintang Jalur Gemilang Cuit Hati Ramai

Iqbal Yasir
Guru Ajar Lukis jalur Gemilang
Gambar: TikTok @yanamnf
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Macam Tu Je Rupanya, Guru Ajar Lukis Bintang Jalur Gemilang Cuit Hati Ramai

Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang diraikan setiap 31 Ogos merupakan detik bersejarah negara dalam mengenang perjuangan tokoh-tokoh negara yang gugur di medan perang suatu ketika dahulu.

Setiap tahun, pelbagai acara dan aktiviti dianjurkan dari peringkat kebangsaan hingga ke peringkat daerah bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Sudah tentunya, Jalur Gemilang menjadi ‘watak’ penting pada bulan kebangsaan ini.

Bercerita mengenai panji negara ini, ia bukan sekadar bendera namun simbol kebanggaan dan identiti bagi rakyat Malaysia.

Setiap bentuk, warna dan simbol yang tertera pada Jalur Gemilang membawa maksud tersendiri.

Oleh itu, Jalur Gemilang perlu dihormati malah ia sudah didedahkan kepada orang ramai sejak di bangku sekolah lagi dalam pelbagai cara seperti melukis, mewarna dan banyak lagi.

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang guru dikenali sebagai Yana mengajar cara untuk melukis bentuk-bentuk yang terdapat dalam bendera kebangsaan itu.

Tak Susah Pun, Guru Ajar Lukis Jalur Gemilang

Menariknya, guru Pendidikan Seni Visual itu mencuri perhatian ramai apabila menunjukkan setiap langkah lakaran bintang di dalam bendera berkenaan dengan begitu mudah.

Guna Formula ‘K’

“Tutorial melukis bintang 14 bucu 🇲🇾 jangan pening-pening kita guna formula huruf “K” jee

Dia dillihat membuat satu bulatan terlebih dahulu, sebelum membuat beberapa garisan pecahan di dalamnya.

Seterusnya, melakar bentuk segi tiga (sebagai bucu bintang) di luar bulatan sebelum memadam garisan pada bahagian dalam bulatan.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur melihat kreativiti guru berkenaan dalam ‘berkarya’.

Malah sebahagiannya berseloroh dan menyifatkan mengenai formula ‘K’ yang digunakan sangat bijak.

“Kalau ada tutorial ni dari awal takda lah lukis bintang tu rupa durian,” seloroh seorang pengguna.

“Dah la cikgu ,saya dah terlanjur dewasa dah,” komen seorang lagi.

“Dulu saya pakai duit syiling,” komen seorang lagi.

BACA: Bukan Di Stadium Merdeka, Ini Lokasi Pertama 7 Laungan ‘Merdeka’ Dilakukan

BACA: Semangat Abang Ni Menari Ketika Raptai Curi Tumpuan Ramai

Sumber: TikTok @yanamnf