Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelajar Asrama Ditekap Seterika Pada Perut, Tangan Di India

Athirah
Pelajar Asrama Ditekap Seterika
Kredit: NDTV

Pelajar Asrama Ditekap Seterika Pada Perut, Tangan Di India

Seorang pelajar asrama di India mengelami kesan lecur yang teruk selepas dua rakan sekelasnya didakwa menekap seterika pada perut dan tangan mangsa, lapor portal NDTV.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah swasta di Konaseema, negeri Andhra Pradesh pada 16 Ogos lalu.

Difahamkan, dua pelajar terbabit turut didakwa mengambil sebuah kamera litar tertutup dan menyembunyikannya di dalam beg sekolah mangsa.

Perbuatan itu terbongkar apabila warden menyedari bahawa kamera litar tertutup di dalam asrama hilang secara tiba-tiba.

Sewaktu disoal siasat oleh warden, mangsa mendedahkan bahawa perut dan tangannya ditekap menggunakan seterika di dalam bilik mereka.

Bagaimanapun, polis tempatan memaklumkan bahawa pihak asrama tidak mengendahkan kecederaan yang dialami mangsa sehingga ia disedari oleh ibu mangsa ketika melawatnya di asrama.

Menurut portal NDTV, wanita itu segera membawa anaknya ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Tiga bulan lalu suami saya telah meninggal dunia, jadi saya tidak boleh kehilangan anak saya,” kata ibu mangsa.

BACA: Tak Sama, Ini Kisah Di Sebalik Hari Kebangsaan & Hari Malaysia
BACA: Netizen Mula “Kecoh”, Suasana Raptai Hari Kebangsaan 2025 Buat Ramai Ternanti

Sumber: NDTV