Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Laluan Ke Arah Gua Musang Ditutup Sepenuhnya Susulan Kejadian Lubang Benam
Sebuah kejadian lubang benam (sinkhole) dilaporkan berlaku di Jalan Lojing-Gua Musang (FT185) berhampiran Kampung Jekjok, pada 7 Ogos lalu.
Kejadian yang berlaku pada jam 8.30 pagi di Seksyen 78.600 LHS itu melibatkan mendapan berukuran kira-kira 15 meter panjang, enam meter lebar dan kedalaman 3.1 meter.
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, hasil siasatan awal mendapati hujan lebat berterusan telah menyebabkan kegagalan box culvert di kawasan tersebut.
Keadaan itu dipercayai berpunca daripada aliran air yang berlaku di tepi box culvert, sekali gus mengakibatkan pembentukan lubang benam.
Tambahan pula, keluasan kawasan mendapan dilaporkan semakin membesar.
Berikutan kejadian itu, laluan arah ke Gua Musang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan. Namun begitu, satu lorong di arah bertentangan masih dibuka untuk pengguna jalan raya.
BACA: Bekalan Telur Ayam Stabil, Pengeluaran Kini Melebihi Permintaan Domestik
BACA: Identiti Lelaki Maut Dilanggar Tren Di Chemor Disahkan Ahli Keluarga
BACA: Sultan Pahang Titah Masjid & Surau Di Pahang Adakan Solat Hajat
Sumber: JKR Gua Musang