Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

METMalaysia Kongsi Tip Keselamatan Semasa Ribut Petir, Kilat
Sejak kebelakangan ini, negara kita sering mengalami perubahan cuaca secara mendadak termasuk hujan lebat yang disertai ribut petir dan kilat.
Fenomena ini bukan sahaja menakutkan, malah boleh membawa risiko serius kepada kesalamatan dan harta benda kita.
Oleh itu, kesedaran tentang langkah-langkah keselamatan semasa cuaca ekstrem ini amat penting bagi mengurangkan risiko kecederaan dan kerosakan.
Dalam artikel ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkongsi tip berguna untuk membantu melindungi diri dan keluarga daripada bahaya ribut petir dan kilat.
Semak ramalan cuaca sebelum keluar untuk tempoh yang lama.
Lihat sebarang tanda-tanda kedatangan ribut jika ada.
Tangguhkan sebarang aktiviti luar jika ribut petir dijangka akan berlaku.
Masuk ke dalam bangunan kukuh atau kereta. Jangan berteduh di tempat yang kecil atau di bawah pokok yang terpencil.
Jika berlaku kilat dan tiada tempat berlindung kukuh, masuk ke dalam kereta dan tutup tingkap.
Keluar dari bot dan jauhi air.
Talian telefon dan paip logam boleh mengalirkan elektrik. Hindari daripada menggunakan telefon atau sebarang kelengkapan elektrik. Guna telefon hanya semasa kecemasan. Cabut palam kelengkapan elektrik yang tidak digunakan.
Jangan mandi.
Tutup penyaman udara. Luruan kuasa kilat boleh memberikan beban lebih pada pemampat.
Jika memandu di lebuhraya dan jejantas, berwaspada dengan angin kencang.
Pindah ke tempat yang lebih tinggi jika banjir kilat dijangka berlaku.
Berteduh di tempat rendah yang tidak banjir yang jauh dari pokok, pagar dan tiang.
Jika berada di dalam hutan, berteduhlah di bawah pokok yang lebih rendah.
Jika didapati kulit kita terangsang atau rambut kita menegak, mencangkunglah ke tanah. Letakkan tangan di lutut dengan kepala di antara kedua-dua lutut. Jadikan badan sekecil mungkin dan kurangkan daripada menyentuh tanah.
Jika anda sedang berperahu atau berenang, kembali ke daratan dan cari tempat berlindung dengan segera.
BACA: Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Kawasan – METMalaysia
BACA: Tak Sama, Ini Kisah Di Sebalik Hari Kebangsaan & Hari Malaysia
BACA: Ingat Untuk Wanita Sahaja, Doktor Dedah Kebaikan Asid Folik Untuk Lelaki
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia