Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hoverland Genting Highlands: Port Paling Rare, Macam Jalan Atas Awan

Amira

Hoverland Genting Highlands: Port Paling Rare, Macam Jalan Atas Awan

Lokasi Paling Tinggi di Malaysia

Hoverland Genting Highlands ni memang tarikan lain macam. Kat atas 6,106 kaki dari aras laut, ia dah diiktiraf The Malaysian Book of Records (MBOR) sebagai tarikan fantasi outdoor paling tinggi kat Malaysia. Dari atas, view memang padu dengan awan terapung, gunung-ganang Titiwangsa terbentang luas. Memang rasa macam masuk alam lain.

Ikonik: Stairway to Heaven

Antara port paling viral Stairway to Heaven. Tangga putih ni nampak macam bawa terus ke langit, tak bersambung dengan apa-apa. Bila kau berdiri kat atas tu, dengan kabus tebal keliling, gambar confirm cun gila, macam edit CGI.

The Hangout Skywalk

Tapi kalau nak rasa adrenaline betul-betul, wajib try The Hangout Skywalk. Kat sini kau akan pakai harness keselamatan, lepas tu jalan betul-betul kat tepi bangunan tingkat tinggi. Kaki memang berpijak, tapi sebelah kau kosong — bawah tu terus nampak jurang dengan awan bergerak perlahan.

Mula-mula memang rasa lutut longgar, tangan berpeluh, tapi bila staff bagi semangat, aku gagahkan jugak langkah. Angin sejuk Genting tiup muka, kabus kejap menutup kejap membuka view — memang rasa macam tengah “walk the edge of the world”. Setiap langkah buat jantung berdegup kencang, tapi masa tu jugaklah rasa hidup betul.

Yang best, staff akan guide sambil tolong ambil gambar. Sekali tengok hasil gambar, dengan aku tengah senyum sambil tangan free tepi bangunan, terus hilang segala rasa takut tadi. Memang pengalaman paling rare kat Genting!

Rhythm at the Sky & Observatory

Kalau nak vibe lain, boleh masuk zone Rhythm at the Sky — immersive lights & sounds ikut beat muzik. Rasa macam masuk dunia fantasi futuristik. Kat Observatory Deck pulak, boleh tengok sunrise/sunset atau bintang malam.

Rawr Rawr Ra Café

Penat adrenaline rush, singgah Rawr Rawr Ra Café. Nama pun cute, vibe pun cozy. Minum kopi panas sambil tengok awan lalu depan mata memang healing habis.

Riser Deck

Kalau datang geng ramai-ramai, Riser Deck memang port sesuai untuk group photo dengan latar belakang awan, gunung dan vibe atas langit.

Harga Tiket & Waktu Operasi

  • Twilight Wonder (Sunrise): RM48 (Adult)

  • Marshmallow (Sunset): RM48 (Adult), RM38 (Child)

  • Full Day Admission: RM80 (Adult), RM60 (Child)

Dibuka setiap hari:

  • Twilight Horizon (Sunrise): 6am – 12pm

  • Marshmallow (Sunset): 2pm – 8pm