Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
pelakon suara anime meninggal
Gambar: Google

Pelakon Suara Anime Legenda, Takaya Hashi Meninggal Dunia

Fazidi

Pelakon Suara Anime Legenda, Takaya Hashi Meninggal Dunia

Pelakon suara legenda, Takaya Hashi dilapor meninggal dunia akibat serangan jantung pada Rabu, lapor Tokyo Weekender.

Terkenal memiliki suara yang sangat unik, mendiang memulakan kariernya sebagai pelakon suara menerusi watak Toki, iaitu ahli seni mempertahankan diri Hokuto Shinken dalam siri Fist of the North Star.

Selain itu, beliau juga meyumbangkan suara untuk banyak karakter antaranya sebagai Inuarashi (One Piece), Kakuzu (Naruto Shippuden) dan Donovan Desmond (Spy × Family).

Takaya Hashi juga pernah menjadi pelakon alih suara Bahasa Jepun untuk beberapa bintang filem terkenal dari Hollywood.

Terkenal menerusi beberapa watak, pelakon suara anime legenda meninggal dunia

Antara hasil kerjanya yang dikenali adalah menjadi pelakon alih suara kepada beberapa watak yang dilakonkan oleh Alan Rickman, termasuk Severus Snape (Harry Potter) dan Hans Gruber (Die Hard).

Lahir pada 8 September 1952 di Tokyo, mendiang sejak kecil telah memasang cita-cita untuk menjadi seorang artis rakugo apabila dewasa.

Selepas menamatkan pengajian di Kolej Drama & Muzik Toho Gakuen, Takaya Hashi kemudian menyertai kumpulan Teater Seinenza pada 1974, sekaligus menandakan pemulaan karier beliau dalam industri hiburan.

Mendiang diberi tanggungjawab menggalas beberapa karakter utama dalam pementasan teater sepanjang bersama kumpulan berkenaan.

Kemudian, Takaya Hashi memulakan langkah untuk muncul di kaca televisyen apabila terlibat dalam drama bersiri popular NHK, Aoi dengan membawa watak Orin.

Selain muncul dalam pelbagai anime dan filem, mendiang turut menyumbangkan suara emasnya dalam beberapa permainan video popular, antaranya sebagai Skull Face dalam Metal Gear Solid V.

BACA: Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri & 3 Wilayah

Sumber: Tokyo Weekender