Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tular Kediaman Ahli DPR Indonesia ‘Diserang’ Rakyat

Iqbal Yasir
Gambar: TikTok

Tular Kediaman Ahli DPR Indonesia ‘Diserang’ Rakyat

Belum reda dengan ketegangan demonstrasi besar-besaran di Indonesia, tular pula sebuah video di media sosial memaparkan kediaman anggota DPR RI, Ahmad Sahroni, ‘diserang’ penduduk pada Sabtu, lapor Detik.com.

Insiden itu berlaku di Kelurahan Kebon Bawang, Kecamatan Tanjung Priok, Jakarta Utara.

Berdasarkan rakaman berkenaan, memaparkan penduduk mula menyerbu masuk ke kawasan rumah ahli DPR tersebut.

Suasana kelihatan kecoh dengan harta benda termasuk kenderaan di dalam perkarangan rumah habis musnah, malah ada juga yang membawa patung adiwira Ironman masuk ke kediaman itu.

Klip berdurasi seminit itu turut memaparkan orang ramai berkerumun di kawasan luar rumah anggota DPR berkenaan.

Insiden itu disahkan oleh Lurah Kebon Bawang, Suratno Widodo sewaktu dihubungi Detik.com.

Sebelum ini, Ahmad Sahroni, yang juga Setiausaha Fraksi Partai NasDem, pernah mengeluarkan kenyataan mengenai kritikan awam terhadap pemerintahan DPR.

“Saya dukung evaluasi tunjangan yang diterima anggota DPR RI, setuju jika dilakukan penilaian semula secara total,” katanya ketika dihubungi media.

Sahroni turut menegaskan bahawa semua gaji dan tunjangan yang diterimanya selalu dikembalikan kepada masyarakat, dan berharap anggota DPR lain mengikuti jejak yang sama.

“Bagi saya, semua gaji dan tunjangan sejak dulu saya berikan kembali kepada masyarakat, itu sudah jadi kewajiban.

“Meskipun nanti ada evaluasi, semua gaji dan tunjangan tetap akan saya kembalikan kepada rakyat,” katanya.

Sumber: Detik.com

BACA: Keadaan Terkini Sekitar Ibu Pejabat Polis Jakarta Timur Selepas Tunjuk Perasaan

BACA: Penghormatan Terakhir, Ribuan Penunggang Ojek Iringi Jenazah Lelaki Digilis Kenderaan Polis