Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Tular Detik Gempa Bumi Di Johor

Sofea
tular detik gempa johor
Kredit: Media Sosial

Tular Detik Gempa Bumi Di Johor

Segamat, Johor digegarkan lagi dengan kejadian gempa bumi pada jam 7.29 pagi tadi.

Gempa bumi lemah 2.7 magnitud itu merupakan siri gempa kali keenam yang berlaku pada minggu ini.

Susulan itu, tular juga satu video yang memaparkan detik-detik ketika gempa bumi itu berlaku.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dapat dilihat gegaran berlaku dan kedengaran juga bunyi seakan letupan, sama seperti sebelum ini.

Terdahulu, gempa bumi Segamat yang pertama pada minggu ini dikesan Ahad lalu dengan 4.1 magnitud direkodkan.

Beberapa hari selepas itu, berlaku lagi gempa lemah dengan magnitud 3 hingga 2 ke bawah.

Sementara itu, kerajaan melalui agensi berkaitan akan terus memantau situasi semasa berikutan kejadian beberapa gempa bumi lemah di Segamat, Johor, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata susulan itu, masyarakat khususnya yang berada di kawasan berkenaan diminta untuk tidak panik, sebaliknya kekal berada dalam keadaan siap siaga, lapor Bernama.

“Saya telah melaporkan kepada Jemaah Menteri semalam dan saya juga telah diberitahu oleh Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (situasi semasa gempa bumi), pemantauan akan terus dilakukan.

“Insya-Allah, kesiapsiagaan untuk seluruh penduduk Segamat dan Johor pada amnya akan terus dipantau oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri dan negara … saya harap masyarakat tidak panik, mudah-mudahan tiada bencana besar berlaku,” katanya.

Sumber: Media Sosial