Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kecam Keputusan Mahkamah, Trump Dakwa AS Bakal “Hancur Sepenuhnya”

Hannah
AS hancur sepenuhnya
Gambar: AFP

Kecam Keputusan Mahkamah, Trump Dakwa AS Bakal “Hancur Sepenuhnya”

Mahkamah rayuan persekutuan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini telah memutuskan bahawa kebanyakan tarif yang dikenakan semasa pentadbiran Donald Trump tidak selaras dengan undang-undang.

Hanya beberapa hari selepas itu, Presiden AS sekali lagi mengecam keputusan mahkamah tersebut pada Ahad (waktu tempatan).

Trump memberi amaran bahawa tanpa tarif tersebut, AS akan hancur sepenuhnya dan kekuatan ketenteraan negara itu akan lenyap serta-merta.

“Tanpa tarif, dan tanpa trilion dolar yang telah kita kutip setakat ini, negara kita akan hancur sepenuhnya, dan kekuatan ketenteraan kita akan hilang serta-merta.

“Dalam keputusan 7-4, kumpulan hakim kiri radikal itu tidak peduli, tetapi seorang Demokrat yang dilantik Obama sebenarnya mengundi untuk menyelamatkan negara kita.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepadanya atas keberanian. Dia benar-benar cintakan dan menghormati Amerika Syarikat,” tulis Trump dalam hantaran di platform Truth Social, lapor NDTV.

Mahkamah Rayuan batalkan beberapa tarif

Kenyataan Trump itu dibuat selepas Mahkamah Rayuan Persekutuan pada Jumaat lalu membatalkan beberapa tarif yang dikenakan pentadbirannya.

Mahkamah berpendapat Trump telah melampaui kuasa dengan menggunakan undang-undang kecemasan untuk mengenakan cukai import, menurut laporan CNN.

Dalam keputusan tanpa nama yang mengesahkan keputusan mahkamah lebih rendah, Mahkamah Rayuan Persekutuan menyatakan bahawa International Emergency Economic Powers Act (IEEPA) tidak membenarkan jenis tarif yang dilaksanakan Trump sebelum ini.

Mahkamah juga menegaskan bahawa tindakan Trump itu merupakan satu pencabulan kuasa eksekutif yang tidak pernah berlaku. Ini kerana hak untuk mengenakan cukai dan tarif adalah kuasa asas yang diberikan oleh Perlembagaan kepada Kongres.

Trump tegaskan tarif kekal berkuat kuasa

Trump sebelum ini turut mengecam keputusan tersebut, menegaskan bahawa semua tarif kekal berkuat kuasa walaupun mahkamah menyatakan sebaliknya.

Beliau menyifatkan mahkamah rayuan itu sebagai berat sebelah dan mendakwa penghapusan tarif akan melemahkan ekonomi negara.

“Semua tarif masih berkuat kuasa. Hari ini, sebuah mahkamah rayuan yang sangat partisan secara salah menyatakan bahawa tarif kita perlu dibatalkan, tetapi mereka tahu Amerika Syarikat akan menang akhirnya.

“Jika tarif ini dihapuskan, ia akan menjadi malapetaka besar kepada negara. Ekonomi kita akan menjadi lemah, sedangkan kita perlu kekal kuat,” kata Trump dalam satu hantaran pada Jumaat.

Untuk info, buat masa ini, mahkamah memutuskan bahawa tarif tersebut akan kekal sehingga Oktober kerana penguatkuasaan keputusan ditangguhkan.

Penangguhan ini memberi peluang kepada pentadbiran Trump untuk membuat rayuan di Mahkamah Agung.

BACA: Gempa Bumi Afghanistan: Angka Korban Meningkat Kepada 622 & 1,500 Cedera

BACA: Kerajaan Makassar Rugi RM65 Juta Susulan Protes di Indonesia

BACA: Prabowo Umum Elaun Ahli Parlimen Dipotong Selepas Lima Maut Dalam Protes

Sumber: NDTV