Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Macam Dekat Hatyai, Ini Resipi Ayam Goreng Thai
Ayam goreng sememangnya diminati oleh pelbagai golongan. Bagi kanak-kanak, sudah pasti ianya antara makanan yang digemari dan sering menjadi pilihan.
Antara menu yang paling senang nak masak adalah ayam goreng. Ayam goreng kalau goreng bersama kicap jadi ayam masak kicap. Kalau goreng dengan cili kisar pula jadi ayam goreng sambal.
Dengan hanya menggoreng ayam dan menambah beberapa bahan yang lain, dah jadi hidangan yang berbeza.
Sekiranya anda sudah tidak tahu nak masak apa, boleh saja anda gorengkan ayam dan tambahkan bahan lain yang anda mahukan. Jika tidak, anda boleh saja makan ayam goreng itu begitu saja.
Adakala kita merasa bosan menjamah ayam goreng biasa, jadi sekali-sekala mesti nak cuba makanan lain daripada yang lain kan? Kali ini SK nak kongsikan resipi Ayam Goreng Thai yang mudah dan lazat.
Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, @mysararidzuan.
Sebelum mula memasak, sediakan dahulu bahan-bahan. Pilih bahagian ayam yang anda inginkan, sama ada dada, kepak atau lain-lain bahagian.
Bahan-bahan yang lain adalah akar ketumbar, beberapa ulas bawang putih dan serbuk lada sulah. Langkah seterusnya ialah tumbuk semua bahan yang disenaraikan menggunakan lesung batu sehingga ia menjadi lumat.
Kemudian, masukkan satu sudu kecil gula pasir untuk proses karamelisasi yang akan memberikan rasa manis serta warna yang cantik. Akhir sekali, tambahkan kicap cair Thailand.
Tambah sedikit air ke dalam lesung batu dan gaul sehingga ia menjadi sebati.
Perap ayam bersama bahan yang telah ditumbuk, kemudian masukkan tepung beras hingga bancuhan menjadi sedikit pekat. Menurut @mysararidzuan, perapan ayam akan lebih enak jika diperap lebih lama.
Seterusnya, panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap tadi sehingga masak.
@mysararidzuan berkata, jangan bimbang sekiranya ayam tidak kelihatan garing pada awalnya kerana ia memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan warna keemasan.
Sumber: @mysararidzuan via TikTok