Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Diplomat Indonesia Maut Ditembak Di Peru

Iqbal Yasir
diplomat indonesia maut ditembak
Gambar: Detik.com

Diplomat Indonesia Maut Ditembak Di Peru

JAKARTA — Seorang diplomat Indonesia dilaporkan maut selepas ditembak oleh dua lelaki tidak dikenali di luar kediamannya di daerah Lince, Lima, Peru pada Isnin, lapor CNBC Indonesia.

Mangsa dikenali sebagai Leonardo Zetro Purba yang bertugas sebagai Penolong Ketua Kanselari Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Lima disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Klinik Javier Prado.

Dalam insiden berkenaan, mangsa sedang menunggang basikal pulang ke rumah daripada pejabat diplomatiknya di San Isidro sebelum ditembak sebanyak tiga kali oleh suspek yang menaiki motosikal.

Manakala, isteri beliau dilaporkan sedang menunggu di pintu masuk apartmen tempat mereka sekeluarga tinggal.

Tambahnya, motif kejadian masih dalam siasatan namun pihak polis tidak menolak kemungkinan ia berkait dengan dendam.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua suspek dipercayai adalah warga asing.

Sementara itu, Kementerian Luar Negeri Indonesia mengesahkan kejadian dan kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Peru bagi membantu siasatan, termasuk memastikan hak dan keselamatan keluarga mangsa terjamin.

Sumber: CNBC Indonesia

BACA: Susut 27kg Berat Badan, Penampilan The Rock Cetus Persoalan Ramai

BACA: KLIA Mulakan Ujian Sistem VAMS, Ini Perkara Penting Yang Pemandu Kena Ambil Tahu